Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Day 1 - Sahur

Bismillaah

alHamdulillaah, dapat bangun sahur pagi ni. Hajar pun bangun bersahur sama :)
good start.

Hajar bangun dengan mudah, tanpa dolak-dalik. Walaupun duduk di meja makan dengan muka masih mengantuk, tapi Hajar tak menolak bila dipelawa susu dan oat. Lepas tu makan sedikit nasi dan ayam.

Adam, taknak bangun.ehehe.semalam semangat nak minta kejutkan sahur. Bangun pagi tadi, terus minta susu :)

Maryam pula merupakan cabaran besar buat Hajar. Masa Maryam nak makan cocoa crunch, dia sempat pelawa kakak makan sama. Hajar terpaksa tolak. Lepas tu, dah kenyang minum susu tapi masih berbaki, Maryam pelawa kakak susu pula, macam yang biasa dia lakukan. Kakak terpaksa tolak lagi.

Hajar ter-minta vitamin tadi bila dia lupa dia sedang berusaha berpuasa. Ibu ingatkan dia masa puasa tak boleh makan dan tak boleh minum, tak boleh usik orang, dan tak boleh gaduh dengan adik-adik. Hajar pun sengih malu dan tak jadi nak makan vitamin C Scott Emulsion kegemaran anak-anak ibu.

Untuk pujuk Hajar, harini dia dressed up like a princess. Siap dengan dress pink kembang dan labuh, dan barang kemas.

InshaAllaah cabaran ibu untuk Ramadhan ini dan masa mendatang ialah to keep cool and sabr dalam melayan kerenah anak-anak dan mengurus rumah tangga + dalam menyantuni sesama insan.

Adakah kamu mengaku beriman sebelum kamu diuji?

Friday, July 20, 2012

Ramadhan: Night 1


Bismillaah

it was the 1st night of Ramadhan, 1433H, July 20th, 2012

alHamdulillah, everyone in the house was very happy and excited including Hajar, Adam, and Maryam. Sarah was bubbly, smiled, cooed a lot too.

during terawih, abah went to surau of course :) Ibu prayed at home. alHamdulillaah Sarah cooperated well, with Hajar's assistance.

Abah: Adam xnak makan ker?
Adam: Adam puasa
ermmm...it was 8.45pm kot LOL.Adam puasa waktu malam..ehehehe.

Abah: Maryam nak puasa esok?
Maryamm: Tak nak!
She was very clear about her choice..;) Maybe because she has heard that when one is fasting, she cannot drink milk and eat. So, Maryam didnt want to part with her daily dose of SUSU.

at tadika

Hajar was very eager to fast. She asked when she can eat, drink, sahur, etc. inshaAllaah this year we will try to encourage her to fast as many days as she could. Her tadika also promise special gifts for children who fast more than 20 days this Ramadhan, inshaAllaah.
       

Monday, July 16, 2012

A visit by Cik Adda & Salma & Fadzilah

Bismillaah

AlHamdulillaah, last night cik Adda came to visit us. Sis Salma and Sis Fadzilah were with Cik Adda.
Hajar, Adam, dan Maryam were so happy to see cik Adda after a few months. They were surely missing her.ehehehe.

Adam and Maryam were super active last night, and Maryam bumped her head on the floor and sofa twice :( uh oh. She was running on the toys and slipped and another one was when she was wrestling with her brother. alHamdulillaah not serious and no bruises. Maryam just cried a bit. She maybe both was in pain + embarassed.ehehe...lots of people around kan.Malu...

Pic credit to cik Adda

Saturday, July 14, 2012

Kak Saadiah dan Kak Amira

bismillaah

Ini dedikasi buat dua orang kakak yang selalu tolong Hajar, Adam, dan Maryam.
Alhamdulillaah, dalam abah sibuk outstation, kak Saadiah dan kak Amira sudi tolong hantar dan ambil anak-anak ibu ke tadika setiap hari. Awal pagi dah kena bangun :) Lepas tu, Adam requested untuk balik tengahari. Uhuhuhu, kenalah kak Saadiah jemput pulang sekitar 2 petang. Adam janji untuk nap dan behave kalau dapat balik tengahari instead of balik petang, pukul 6. Adam tunaikan janji dan memang behave dan tidur tanpa banyak complaints.

Pada 1 Julai, kakak-kakak kena pulak temankan ibu dan anak-anak untuk sukan tahunan tadika. AlHamdulillaah, dapat jugak ibu hadir ke hari sukan anak-anak walaupun abah tak dapat hadir sama. Hajar, Adam, dan Maryam pun lebih seronok bila kak Saadiah dan Amira ada bersama untuk melayan pelbagai kerenah mereka. The more, the merrier.
Kak Amira Ajeerah

Kak Saadiah
Joget

(pics credit to Kak Saadiah & Kak Amira)
Pada 11 Julai, kakak-kakak buat surprise pulak untuk Maryam. Balik dari tadika, kakak-kakak bawa naka-anak ibu pergi beli kek sempena harijadi Maryam. Maryam sangat suka (dan Adam laagi seronok sebab dapat makan kek LOL). Semua sangat excited termasuklah ibu sekali..ngeh ngeh ngeh.




Jazakillaahu khayr for the cake, kakak-kakak!


Jazakumullaahu khair kak Saadiah dan kak Amira(as Hajar, Adam, dan Maryam call them). May Allaah bless both of you and reward you girls tremendously.

Ibu pun sangat berharap anak-anak ibu dapat mempelajari akhlak kakak-kakak ini dengan selalu bergaul dengan mereka. Mesra, lembut, dan penuh kasih sayang walaupun kakak-kakak masih muda dan belum ada anak sendiri.


Sempena Sukan Tadika
 Gambar-gambar courtesy of FB Tadika Umi Alam Sari
(Hajar:rumah kuning)
 Adam: most right.
Rumah Hijau

 Moden:no more tempurung
 Adam: menggalas 'turtle shell'




 wajah-wajah pembentuk anak-anak TUAC
Moga syurga dan redha Allaah buat kalian.

p/s: Pagi Sabtu ni:

Adam: lamanya tak jumpa kak Saadiah
Hajar: Kenapa? Adam nak pergi sekolah ke?
Adam: Tak, Adam nak main badminton.


Thursday, July 12, 2012

Sarah solehah

Bismillaah

Ya binti Sarah,
mukminah solehah,
al-Hafizah,
Qurrata a'yun,
imam al-muttaqin,
Allahumma ameen...

ini ialah lagu dodoi Sarah
dan Sarah solehah adalah nama timangan Sarah






Tuesday, July 10, 2012

breasfeeding dan basah?

Gunalah medela milk collector shells :) bukan iklan, saranan jer :)

Bila menyusukan bayi dengan susu ibu secara eksklusif, selalunya para ibu akan menghadapi masalah apabila susu mengalir keluar dengan banyak samada ketika lewat menyusukan bayi atau semasa menyusukan bayi(sebelah susukan bayi, sebelah lagi automatik menghasilkan susu keluar). Ada yang menggunakan breast pad samada yang jenis kain(boleh basuh dan guna semula) ataupun yang jenis pakai buang untuk mengatasi masalah ini.

Jenis kain memang ekonomi sebab boleh digunakan lebih lama, tapi kurang selesa bila terlalu banyak air susu yang keluar dan pad menjadi basah. Kadang-kala berbau susu yang kurang enak jika pad lambat ditukar atau dibasuh.

Jenis pakai buang agak mahal tetapi dapat menyerap lebih banyak lebihan susu. Semuanya terpulang kepada kesesuaian dan pilihan para ibu.

Ada lagi satu pilihan iaitu dengan menggunakan Medela milk collector shell. Diperbuat daripada plastik dan silikon, ianya amat praktikal. Susu yang mengalir masuk ke dalam shell tersebut. Para ibu boleh membuang susu tersebut ataupun menyimpannya untuk diberikan kepada bayi. Walaupun harga bagi sepasang shell ini kelihatan agak mahal, tetapi ianya boleh digunakan berulang kali dan menjadi lebih murah dan praktikal untuk jangka masa panjang. Tetapi, saiznya agak besar dan mungkin ada ibu yang kurang selesa dengan 'mangkuk' plastik yang besar dan keras di atas dada. Di samping itu, jika air susu yang mengalir terlalu banyak dan ibu banyak bergerak, susu mungkin tertumpah keluar dan membasahi baju. Jadi, selalulah memeriksa shell tersebut setiap selepas menyusukan bayi atau selepas beberapa ketika memakainya untuk memastikan ianya dikosongkan jika perlu.

Selamat mencuba!

Tuesday, July 03, 2012

Home birth!

Bismillaah


AlHamdulillaah, ibu diberi kesempatan untuk menulis dan mengabadikan mengenai kenangan manis bersalin di rumah dengan ditemani abah a.k.a best amateur bidan yang tercinta.


23 Mei 2012, adalah hari dijangka bersalin(EDD) untuk cahaya mata ibu yang ke-4 setelah keguguran akhir November 2010(Ni kira kandungan ke-5, anak ke-4, alHamdulillaah).


Puteri ke-4 kami, Sarah, telah selamat dilahirkan dengan berat 3.7kg pada 1.54 petang, tepat pada tarikh EDD tersebut.


Sehari sebelum kelahiran Sarah, mucus plug ibu dah jatuh(betul ker term ni? ehehe) sejurus sebelum Fajr, 22 Mei 2012. Ibu sangat teruja sebab akhirnya penantian dah menunjukkan tanda akan berakhir. Lepas tu, ibu google mengenai mucus plug dan kenalah terima hakikat yang tak semestinya kelahiran tu akan berlaku cepat sebab ada yang melahirkan beberapa jam sehingga beberapa minggu selepas mucus plug diorang 'jatuh.'Jadi, tak bolehlah excited sangat kan. Kena tunggu dan lihat dengan sabar.


Bila ibu bagitau abah, abah cool jer dan nasihatkan ibu tunggu sahaja + berdoa, satu pesan abah yang tak pernah tinggal. Hari tu, hari yang cerah dan indah dengan mentari bersinar. Pagi-pagi lagi kami sekeluarga keluar untuk menghantar Hajar, Adam dan Maryam ke tadika. Selepas tu, ibu dan abah bersarapan di Restoran Roti Puri Seksyen 3 Bangi(jemput mencuba roti puri dan makan di restoran ini, free ad :) ). Ibu sempat lagi temankan abah ke klinik ambil suntikan Meningcocoal sebab abah diberikan peluang oleh Allah untuk ke Madinah dan Mekah menunaikan umrah. Selepas dari klinik, abah ajak ke pejabat Andalusia Travel untuk serahkan kad imunisasi. Rasanya abah risau nak tinggalkan ibu sendirian di rumah, ehehehehe.




Sepanjang hari ibu berdebar-debar menunggu tanda-tanda melahirkan yang seterusnya, tapi masih tiada. Ibu berdoa semoga dapat melahirkan semasa anak-anak yang lain di tadika agar lebih mudah dan selesa :). Bila jam menjangkau 6 petang, anak-anak pun balik ke rumah dengan riang dan ibu masih lagi tiada tanda-tanda atau sakit nak bersalin. Malam tu buat tugasan seperti biasa: makan bersama keluarga, lipat kain, basuh kain, jemur kain, susun kain(ehehe...semua pasal kain baju kan. AlHamdulillaah memang suka buat chores yang ni) masukkan kain baju ke dalam beg tadika anak-anak, seterika baju, dan kemas rumah. Sehingga masuk tidur di sebelah malam, hanya lendir beserta sedikit darah yang turun. Malam tu, memang ibu tak nyenyak tidur sama seperti malam-malam sebelumnya memandangkan perut dah senak dan tidur memang tak selesa. AlHamdulillaah a'la kulli hal. Pusing kiri, pusing kanan, menelentang, semua serba tak kena. Ini memang latihan untuk menyiapkan ibu secara fizikal, intelektual, emosi, dan spiritual untuk menjaga bayi baru lahir yang tidur tak menentu nanti :)


Bermula jam 3 pagi, ibu mula merasa sedikit contraction. Suasana sunyi dan hanya diselang-seli dengan bunyi putaran kipas yang laju di syiling. Hembusan angin menambahkan kedinginan pagi yang menyegarkan. contraction hanya sekejap dan sakit macam sengugut yang sederhana. Ibu dah mula berdebar-debar dan lagilah tak boleh tidur sebab teruja. Sejak tu, contraction datang sekejap-sekejap dan tak menentu. Tapi, sakitnya biasa-biasa jer dan ibu masih boleh terlena sekejap di antara contraction. Ibu ingatkan akan bersalin sebelum subuh, tapi sakit tak bertambah dan contraction  masih lagi jauh di antara satu dengan yang lain. Bangun pagi, sempat lagi siapkan anak-anak untuk ke tadika.


Rumah kembali sepi bila Hajar, Adam, dan Maryam dah bertolak ke tadika. Pagi tu, ibu hanya duduk atau berbaring untuk berehat memandangkan semua kerja rumah sudah ibu lakukan malam semalam. Abah pula terus pulang ke rumah selepas menghantar anak-anak ke tadika untuk standby tengok-tengokkan perkembangan ibu.


Masa terasa lambat berlalu bila ibu mula mengira jarak antara contractions. Masih lagi jauh, lambat lagi, tak sakit sangat lagi :) Bila tengah contraction, ibu praktikkan teknik pernafasan dalam-dalam yang ibu sempat baca di internet di samping doa yang tak putus agar Allah beri kemudahan dan keselamatan kepada ibu dan bayi. Alhamdulillaah, memang dapat membantu kita mengawal dan mengurangkan kesakitan. Dalam pada tu, ibu kerap ke tandas untuk buang air sebab perut sakit dan loose stools. Memang antara tanda-tanda nak bersalin lah tu. Lagipun, ibu nak pastikan pundi kencing tak penuh masa bersalin dan nak elakkan terkincit..ehehehe.


Dah nak dekat tengahari, ibu mula siapkan 'tempat bersalin.' Lapik tilam dengan plastik hitam yang besar tu dan letak alas macam kat hospital tu. Siapkan towel untuk bayi. Lepas tu, ibu mula pasang bacaan Qur'an Mishary Rashid al-Afasy(I wish I had done this much earlier!). Sangat soothing dan menghiburkan jiwa. Lagi-lagi bila ada ayat yang ibu hafal dan dapat baca bersama, terus lupa sakit sekejap. Sesambil tu, baring-baring kat sofa sebab ibu rasa lebih selesa berbanding atas katil. Pusing kiri, pusing kanan, dan sakit contraction semakin kerap dan dekat antara satu sama lain.


Abah turun dari office nya di tingkat atas. Dah masuk waktu Zuhr rupanya. Abah tanya kalau ibu nak pesan apa-apa, boleh abah belikan lepas solat di surau nanti. Tapi, masa tu abah dah perasan muka ibu berkerut-kerut tahan sakit. Jadi, abah kata akan pulang rumah segera selepas solat jemaah.


Bila abah melangkah keluar rumah untuk ke surau, ibu rasa sakit dah semakin kuat dan terdetik mungkin akan bersalin tak lama lagi. Ibu banyak-banyak doa supaya sempat tunggu abah balik dari surau.


Bila semakin sakit, ibu turun dari sofa and got on all four. Rasa kurang sikit sakit bila boleh berpaut kuat pada rangka sofa pada posisi macam merangkak tu. Tarik nafas dalam-dalam dan istighfar banyak-banyak. Ambil kesempatan, ehehehe, moga dengan menanggung sakit tu Allaah Ta'ala cabut segala daki-daki dosa. Ameen.


Dah terasa kepala  bayi menolak-nolak di pintu rahim. Ibu tahan dan tarik nafas dalam-dalam. Ibu nak pintu rahim sudah betul-betul terbuka dan bersedia untuk memberi laluan kepada bayi, jadi tak ada trauma cedera perineum nanti. Plus, abah belum balik.


Excited, nervous!


Tiba-tiba pintu rumah dibuka, dan abah pun muncul! Alhamdulillaah, yeay! Perfectly the right time.
Abah dengan tenang tanya, "dah nak 'keluar' ke?" dan bersedia di posisi menyambut bayi.


Ibu dah bersedia untuk biarkan contraction yang kuat untuk menolak bayi keluar. Ibu bertahan untuk tak meneran / push bayi. Kekuatan otot-otot rahim sudah cukup kuat menolak bayi untuk turun ke bawah dan keluar. Lagipun, dengan posisi ibu, graviti membantu proses kelahiran, Allaahuakbar.


Contraction yang super kuat 1 - "poop"! Air ketuban pecah dan ibu rasa air tu memancut keluar. Ehehehe..risau pulak abah terkejut dan basah kena air ketuban. Tapi, abah cool jer dan kata, "okay, semua terkawal." Abah tak kena pun air ketuban tu.




Contraction yang super kuat 2 - Abah kata, "rambut bayi dah nampak!". He sounded very excited. Lepas tu, ibu terasa the ring of fire, dan kepala bayi pun keluar. Ibu sempat lagi berkira-kira ada luka ker tak..uhuhuhu..


Contraction yang super kuat 3 - bayi pun terkeluar.


Alhamdulillaah!


Bayi yang sihat dan besar! Ibu menjangkakan bayi sekitar 3.0kg, tapi nampaknya Sarah lebih besar dari itu(3.7kg ditimbang di Hospital Serdang)

Saturday, May 19, 2012

Rak buku baru

bismillaah

Hari Sabtu, hari cuti yang ditunggu anak-anak ibu. Balik dari tadika jer semalam, dah beria bagitau ibu dan abah ada cuti 2 hari! :)

Hari ni kami ikut abah pegi cari rak buku. Pegi 2 kedai yang biasa pegi tapi dua2 dah tutup/berpindah. Memang dah lama benar tak pegi kedai perabot, tak perasan pun kedai2 tu dah tutup. Dalam perjalanan balik, abah masuk jer deretan kedai-kedai dan Alhamdulillaah, jumpa satu kedai perabot yang murah dan ada free delivery. Ibu pun tumpang sekaki minta abah belikan ampaian memandangkan yang sedia ada dah nak runtuh :)

Lepas Asar, anak-anak ibu sangat bersemangat membantu menyusun buku-buku abah di rak yang baru :) seronok sangat diorang.

Tuesday, May 08, 2012

Sarat

Bismillaah Bila dah sarat mengandung, kebanyakan malam ibu akan susah untuk tidur. Faktor ketidakselesaan, sukar bernafas, dan pelbagai lagi mempengaruhi tidur si ibu. "wahnan a'la wahnin" memang benar. Kandungan semakin membesar, berat semakin bertambah, tulang belakang dan kaki terpaksa menanggung berat yang bertambah, badan sudah menjadi letih, ditambah lagi masa rehat yang kurang berkualiti disebabkan tidur yang terganggu. Ada juga ibu yang mengalami kegatalan di bahagian perut akibat regangan kulit dan tidak dirawat dengan losyen yang sesuai. Tapi, keadaan tidak boleh tidur malam ini boleh ditukar kepada nikmat. Apabila sudah mudah untuk bangun malam, mudahlah untuk melakukan ibadah di malam hari. Sepi dari anak-anak kecil yang lain dan pelbagai tugasan rumah yang biasanya sudah diselesaikan di siang hari. Qiamullail, tadarus, dan zikir. Kalau ada ibu yang sudah tidak larat bersolat seperti biasa, boleh duduk. Ada keringanan dalam Islam. Lagipun, ini mungkin adalah latihan yang baik memandangkan proses menjaga bayi selepas kelahiran memang tidak dapat dijangka. Indahnya aturan Allaah, mashaAllaah.

Monday, May 07, 2012

Bismillaah


Semalam kami semua pegi ke rumah Mak Ton di PJ. Opah ada di sana disebabkan opah tak sihat, dan Kak Ton nak bawa opah pergi buat full health screening di Hospital Assunta, inshaAllah. Plan awalnya nak balik ke Bidor nak ziarah opah, tapi Mak Ina dah bawa opah pergi PJ. Jadi, kami terus ke PJ.

Sampai PJ, opah dah nampak OK sikit walaupun semalaman tak nyenyak tidur. Moga opah terus sihat macam sedia kala, ameen.

Lepas Zuhur, abah bawa opah (n kami join sekali) ke Cheras untuk menziarahi Opah Long. Opah gembira sebab dapat jumpa dengan kakaknya. Anak-anak suka sebab dapat masuk ke dalam kawasan sekolah dan asrama SM Teknik KL. First time kami sampai ke kawasan ni.


Lepas tu, patah balik ke PJ untuk hantar opah. Opah Long pun ikut sekali sebab TOk Ucu dan famili nak datang menziarah juga ke PJ. Dah sampai PJ, sambil tunggu Tok Ucu sampai, abah bawa anak-anak dan 3 orang anak Mak Ton pergi ke padang permainan. Seronok betul anak-anak ni bermain bersama. Alhamdulillaah, playground lengang dan hanya ada kami. Jadi, anak-anak conquer the whole playground dan dapat main sepuas hati. Adam seronok main bola dengan abang Emil dan abah. Bersungguh-sungguh kejar dan tendang bola sampaikan muka merah padam.

Almost 7pm, kami beransur balik ke Bangi. Anak-anak semua dah letih. Sampai rumah, tertidur terus sampai ke Subuh kecuali Hajar sebab dia sangat tak selesa dan nak mandi. Hajar berjaga sampai lepas Isyak, tunggu ibu masuk tidur.

Saturday, May 05, 2012

Ikut suka hati Ibu

Bismillaah


Hajar: Hajar suka ikut 'suka hati ibu.'

ehehe...rasanya Hajar maksudkan, Hajar lebih suka buat apa yang ibu suka.

Alhamdulillaah, sekarang Hajar dah semakin lancar membaca. Dia rajin berusaha sedikit demi sedikit dengan inisiatif sendiri. Ibu abah tak pernah paksa Hajar belajar di rumah. Biasanya Hajar yang akan keluarkan buku dan penselnya.

Hajar pun dah boleh membaca Iqra' buku 3, baca sedikit jawi, dan mengira(tambah).
Bismillaah

Pagi ni, kami ke Klinik Zalfah Seksyen 4 tu untuk cek luka kat kaki Cik Yam. Anak-anak memang bangun dari awal pagi lagi. Sampai di klinik, Alhamdulillah takde que. Kejap je dah masuk jumpa doktor. Doktor kata tu sebab jangkitan bakteria dan Cik Yam kena ambil antibiotik dan krim sapu untuk mengelakkan luka tu merebak ke tempat lain pula. Dah sampai ke klinik tu, minta sekali doktor tolong tengokkan jari tengah tangan kiri Cik Yam yang tersepit di pintu semalam.

Masa kejadian(ehehe), Abah baru nak keluar solat isyak di surau bila tetiba 3 orang tu menyerbu keluar pintu pakat2 nak join abah. Tengah riuh-rendah tu, Adam tutup pintu dan tersepitlah jari Maryam yang masa tu tengah pegang tepi pintu. Meraung CIk Yam. Abang dan kakak pun pucat jer sebab jadi pesalah secara tak langsung. Ibu terus bubuh jari Cik Yam di celah ice packs untuk elak bengkak dan Alhamdulillaah berkesan. Dah reda sikit CIk Yam nangis, baru bubuh minyak gamat. Ubat favorite Cik Yam, sampaikan bau minyak gamat pun dia rasa wangi.

Jadi, Doktor kata jari Cik Yam tak teruk. Bengkak sikit jer dan kuku dia inshaAllah kuat. Alhamdulillah lega mendengarnya. Cuma dinasihatkan untuk tuam-tuam dengan ais kalau jari tu tambah bengkak.

Lepas balik dari klinik, abah bawa pusing-pusing cari bakeri. Ingat nak cari kek atau bun untuk makan pagi. Tapi, hari Sabtu ni kebanyakan bakeri yang kami biasa pegi tutup. Akhirnya, singgah kat Donut coffee shop dekat dengan ofis abah. Walaupun selalu lalu, ni first time kami singgah. Masing-masing makan donut jer tapi Adam nak spaghetti bolognaise.

Alhamdulillaah, anak-anak happy dan kami pun balik ke rumah. Dah nak dekat Zohor dah pun. Sampai je rumah, Cik Yam minta sapu dan makan ubat. Anak-anak ibu memang suka makan ubat. Bila sakit, seronok pulak diorang nak menelan segala ubat-ubatan yang doktor bagi. Kadang-kadang ibu kena pujuk lagi untuk 'tak' makan ubat, yela kadang-kadang ada ubat yang tak perlu pun.


Thursday, May 03, 2012

Cuti 1 Mei

alhamdulillaah, bebaru ni tokpak,tokmak,cik yana & kiddos, cik santi & daughters, cik mimi,cik shafix, baby hakimi, dan cik Adi datang ke Bangi.

Gembiranya anak-anak ibu sebab rumah jadi meriah dan mereka ada ramai kawan untuk bermain. Malam Sabtu masa orang dari Penang sampai, anak-anak ibu dah masuk tidur sebab dah lewat malam. Hari Ahad, awal2 pagi lagi anak-anak ibu dah bangun excited.

Kami pergi zoo negara beramai-ramai, singgah hentian Kajang, dan malam tersadai keletihan di rumah. Tambahan lagi cik Adi, cik Shafix, Hana dan Dina kena cirit-birit. Tak pasti tersalah makan apa. Alhamdulillaah yang lain sihat wal afiat, xdelah berbaris panjang depan toilet.

Kebelakangan ni cuaca sangat panas. Jadi, tidur malam semua pakat buka kipas to the max speed, buka tingkap dan ikat langsir. Alhamdulillaah a'la kulli haal.

Hari Isnin petang kami pergi KLIA untuk jemput abah yang baru pulang dari Kota Bharu. Tambah meriah!
Malam tu, ada yang pegi ke I-City, Shah Alam. Anak-anak ibu tak ikut kecuali Adam. Dia memang seronok dapat berjalan dengan his boy cousins. Dapat main lasak-lasak.

Biar betul?

bismillaah


"Biar betul?"
Ni Adam nyer latest favorite words. Taktau katne Adam belajar phrase ni, tapi sekarang selalu jer terkeluar dari mulut dia.

Adam ni jenis suka guna perkataan dan bina ayat-ayat baru. Kadang-kadang lucu dan ada yang making him sounds like an adult. Tapi, ada jugak yang merepek. Bab-bab yang merepek ni inshaAllaah ibu dan abah akan cakap dan ajar Adam perlahan-lahan supaya dia faham apa yang elok dan tak elok. Biasanya Adam mudah faham dan akan berhenti dari mengulang-ulang perkataan yang 'merepek.'

Semalam, Alhamdulillaah Adam tidur dengan sangat gembira walaupun pada waktu pagi menangis taknak pergi ke sekolah, dia nak ikut abah ke ofis. Malam semalam abah bawa Adam pegi gunting rambut. Style idaman Adam: macam rambut abah.

Tuesday, April 24, 2012

Beraktiviti, berpeluh untuk jadi sihat!

Bismillaah

Adam dan Hajar bersemangat mengemas rumah malam ini. Ada tetamu nak datang hari Sabtu, inshaAllaah (that's 4 days away!)

Adam membahagikan tugas: Adam kemas ruang tamu, dan Hajar kemas dapur.

Selepas mengemas, ibu berterima kasih pada Adam. "MashaAllaah, cantiknya Adam kemas.JazakAllaahu khayr, barakAllaahu fik Adam sebab dah kemas rumah. Tengok tu, sampai berpeluh-peluh dah Adam."

Adam spontan menjawab, "Takpelah ibu, bukan ker berpeluh tu sihat."

=) MashaAllaah.

Earlier tonight, Adam was very sad because he couldn't tag along with abah to the surau. Abah kena menyampaikan tazkirah maghrib hari ni surau Kajang Utama(kalau tak silap). Memang setiap bulan Abah akan ke sana pada hari Selasa. Cuma hari ni Adam teringin sangat nak ikut. Dah siap pakai kopiah dan 'baju surau' dia. Tapi, abah keberatan nak bawa Adam sekali sebab takde sape nak jaga dia masa abah duduk berceramah nanti. Ibu pula tak larat nak angkut anak-anak semua ke surau. Sorry Adam :( . He kept asking me to call his abah to pick him up and take him to the surau.

What we did last weekend

Bismillaah

Kami ke Seminar Surah Luqman!!!! Alhamdulillaah

Selama 2 hari berkampung di Akademi Pengajian Islam, UM. Anak-anak duduk dalam nurseri yang disediakan, Alhamdulillaah. Adam cuma bertahan setengah hari jer dalam nurseri sebab dia dah bosan memandangkan anak-anak lain masih lagi kecil dan tak boleh layan Adam bermain lasak. Jadi, Adam keluar dari nurseri dan ikut abah dan pakcik-pakcik masuk dewan. Adam sangat behaved dan tak buat bising, AlHamdulillaah.

Ibu abah seronok, anak-anak pun seronok. Anak-anak seronok sebab ada ramai kawan, ada ko-op dekat dewan dan diorang berpeluang minta 'hadiah' macam-macam LOL(tapi, macam biasa diorang tak minta banyak, cukup seorang satu dan diorang dah gembira), boleh lari-lari explore tempat baru dan boleh makan ala-ala suasana kenduri :). The catering/food was good, alHamdulillah.

Overall, awesome seminar. Learned a lot about Luqman's advices in the Qur'an and what can be extracted from them. Alhamdulillaah, 2 hari berseminar tak mengantuk atau tertidur dalam dewan walaupun kadang-kadang perut senak bila duduk lama. Anak-anak pun all out during the day, jadi bila sampai je rumah semua mengelepet. Habis isyak jer semua lena sampai ke Subuh.

How we are doing now

Bismillaah

Lamanya senyap tanpa entri blog kami :) Sedar tak sedar, InshaAllah tak lama lagi akan bertambah lagi satu ahli keluarga. Moga Allaah permudahkan segalanya.

Sekarang ni anak-anak semuanya ke tadika yang sama. Maryam dah 'upgraded' daripada taska memandangkan dia asyik merayu nak ikut kakak dan abang ke sekolah 'besar.' Yalah, Maryam dah petah bercakap dan jadi antara yang paling 'tua' di taska. Jadi, dia agak cepat bosan bila bermain kerana tiada kawan - ramai babies yang masih belum pandai bermain ikut tahap Maryam.

Alhamdulillaah, di tadika Maryam dapat buat lebih banyak perkara: dapat belajar zikir, nursery rhymes, dan nasyid-nasyid baru.

Hajar pula dalam persediaan 'intensif' untuk masuk ke Darjah 1. Maklumlah zaman sekarang ni expectation terhadap murid-murid sangat tinggi walaupun baru nak masuk Darjah 1:kena pandai membaca bahasa Melayu, basic English, dan Jawi, kena pandai mengira dan mengaji. Semua ni akan diuji melalui ujian kelayakan dan kalau lepas, barulah boleh diterima ke sekolah tersebut(untuk sekolah integrasi dan sekolah swasta). Sebagai ibubapa yang baru pertama kali nak mendaftarkan anak ke sekolah Darjah 1, kami agak kalut juga mengisi borang itu dan ini dan nak memastikan tahap pencapaian Hajar sekarang. Walau apapun, kami mengambil keputusan untuk berpada dengan apa yang Hajar dah dapat capai pada waktu ini. Takdelah nak suruh dia belajar semua kemahiran tu siang dan malam. InshaAllaah, tak nak menekan anak kecil dan tergesa-gesa. Oh ya, ibu sangat impressed dengan tulisan tangan Hajar sebab nampak kemas dan cantik. Dah hampir nak menandingi tulisan ibu!

Our boy, Adam adalah yang paling talkative, friendly, and active, mashaAllaah. Kepetahan bercakapnya kadang-kadang mengalahkan ibu :) Sekarang dia dah sangat berkembang dalam skill menulis dan mewarna. AlHamdulillaah, jauh lebih cantik dan kemas lukisan-lukisan yang dia warnakan. Kadang-kadang susah membezakan antara hasil tangan Adam dan kakak. Untuk menulis, Adam masih lagi bertatih dan masih selalu menulis terbalik(mirror image). Mungkin dia masih keliru memandangkan dia adalah left-handed person.

Sunday, September 25, 2011

Bismillaah


Tiba-tiba rasa nak menulis untuk anak-anak ibu, alHamdulillaah. Masa ni, semua anak ibu tengah tidur selepas letih bermain seharian. Memandangkan di rumah tiada TV, anak-anak ibu berpeluang untuk bermain, bergerak, dan mengembangkan imaginasi tanpa pukauan kaca TV yang akan membuatkan kanak-kanak pasif selama berjam-jam.

alHamdulillaah, terima kasih yang tak terhingga ya Allaah kerana telah kau kurniakan kesempurnaan fizikal, nikmat kesihatan, dan yang paling utama, nikmat keimanan kepadaMu. Walaupun Islam kami Islam warisan, telah kau kurniakan hidayah kepada kami untuk mempelajari dan menghargai nikmat agung yang telah Kau berikan ini. Tiada galang-ganti, dan hati-hati kami sentiasa menikmatinya tiap detik.

Ibu doakan anak-anak ibu jadi Muslimin dan Mukminin yang sejati. Yang beriman dan bertakwa kepada Allaah, mengenali dan mencintai Rasulullaah SAW. Ibu berdoa agar ibu dan abah diberikan hidayah untuk menjadi ibubapa yang lemah-lembut, penyayang, bijaksana dan penuh hikmah melayani anak-anak semua.

Sesungguhnya dalam perjalanan hidup yang silih-berganti, keletah dan wajah anak-anak ibu sangat menghibur hati dan mendamaikan jiwa. Jika adakalanya ibu marah dan meninggi suara, bahkan menyakiti, ibu minta maaf kerana ibu juga dalam proses mendidik jiwa dan mujahadah untuk jadi hambaNya yang baik.

Thursday, September 22, 2011

Bismillaah


Adam has just made my day :) alHamdulillaah.

Adam: kenapa ibu?
Ibu: Ibu pening.
Adam: kalau pening, tidurlah.takyah lah susah-susah.

Monday, September 19, 2011

bismillaah

This year's hari malaysia was shared with a good news of the birth of the 14th grandchildren of tokpak&tokmak's.
Alhamdulillaah, cik Mimie has given birth to a beautiful baby boy at around 837pm. It was a very long labor and Alhamdulillaah both mother and baby made it safe and sound.

We spent the weekend in Penang hoping to welcome both baby&momma home, unfortunately they did not get discharged from the hospital until after Sunday afternoon during which we've already reached Bangi, walHamdulillaah a'la kulli haal. Abah decided to leave early around 11am to catch a friend's open house in the afternoon, but later on it was cancelled :(.

We just met cik mimi after the labor, but not the baby yet as the baby was put in the babies ward to monitor for any infections or problems due to the long labor. Maryam would say, "Cik Mimi chakit" whenever ibu asked her about Cik mimi.