Gunalah medela milk collector shells :) bukan iklan, saranan jer :)
Bila menyusukan bayi dengan susu ibu secara eksklusif, selalunya para ibu akan menghadapi masalah apabila susu mengalir keluar dengan banyak samada ketika lewat menyusukan bayi atau semasa menyusukan bayi(sebelah susukan bayi, sebelah lagi automatik menghasilkan susu keluar). Ada yang menggunakan breast pad samada yang jenis kain(boleh basuh dan guna semula) ataupun yang jenis pakai buang untuk mengatasi masalah ini.
Jenis kain memang ekonomi sebab boleh digunakan lebih lama, tapi kurang selesa bila terlalu banyak air susu yang keluar dan pad menjadi basah. Kadang-kala berbau susu yang kurang enak jika pad lambat ditukar atau dibasuh.
Jenis pakai buang agak mahal tetapi dapat menyerap lebih banyak lebihan susu. Semuanya terpulang kepada kesesuaian dan pilihan para ibu.
Ada lagi satu pilihan iaitu dengan menggunakan Medela milk collector shell. Diperbuat daripada plastik dan silikon, ianya amat praktikal. Susu yang mengalir masuk ke dalam shell tersebut. Para ibu boleh membuang susu tersebut ataupun menyimpannya untuk diberikan kepada bayi. Walaupun harga bagi sepasang shell ini kelihatan agak mahal, tetapi ianya boleh digunakan berulang kali dan menjadi lebih murah dan praktikal untuk jangka masa panjang. Tetapi, saiznya agak besar dan mungkin ada ibu yang kurang selesa dengan 'mangkuk' plastik yang besar dan keras di atas dada. Di samping itu, jika air susu yang mengalir terlalu banyak dan ibu banyak bergerak, susu mungkin tertumpah keluar dan membasahi baju. Jadi, selalulah memeriksa shell tersebut setiap selepas menyusukan bayi atau selepas beberapa ketika memakainya untuk memastikan ianya dikosongkan jika perlu.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment