Sunday, September 25, 2011

Bismillaah


Tiba-tiba rasa nak menulis untuk anak-anak ibu, alHamdulillaah. Masa ni, semua anak ibu tengah tidur selepas letih bermain seharian. Memandangkan di rumah tiada TV, anak-anak ibu berpeluang untuk bermain, bergerak, dan mengembangkan imaginasi tanpa pukauan kaca TV yang akan membuatkan kanak-kanak pasif selama berjam-jam.

alHamdulillaah, terima kasih yang tak terhingga ya Allaah kerana telah kau kurniakan kesempurnaan fizikal, nikmat kesihatan, dan yang paling utama, nikmat keimanan kepadaMu. Walaupun Islam kami Islam warisan, telah kau kurniakan hidayah kepada kami untuk mempelajari dan menghargai nikmat agung yang telah Kau berikan ini. Tiada galang-ganti, dan hati-hati kami sentiasa menikmatinya tiap detik.

Ibu doakan anak-anak ibu jadi Muslimin dan Mukminin yang sejati. Yang beriman dan bertakwa kepada Allaah, mengenali dan mencintai Rasulullaah SAW. Ibu berdoa agar ibu dan abah diberikan hidayah untuk menjadi ibubapa yang lemah-lembut, penyayang, bijaksana dan penuh hikmah melayani anak-anak semua.

Sesungguhnya dalam perjalanan hidup yang silih-berganti, keletah dan wajah anak-anak ibu sangat menghibur hati dan mendamaikan jiwa. Jika adakalanya ibu marah dan meninggi suara, bahkan menyakiti, ibu minta maaf kerana ibu juga dalam proses mendidik jiwa dan mujahadah untuk jadi hambaNya yang baik.

No comments: