Thursday, May 03, 2012

Cuti 1 Mei

alhamdulillaah, bebaru ni tokpak,tokmak,cik yana & kiddos, cik santi & daughters, cik mimi,cik shafix, baby hakimi, dan cik Adi datang ke Bangi.

Gembiranya anak-anak ibu sebab rumah jadi meriah dan mereka ada ramai kawan untuk bermain. Malam Sabtu masa orang dari Penang sampai, anak-anak ibu dah masuk tidur sebab dah lewat malam. Hari Ahad, awal2 pagi lagi anak-anak ibu dah bangun excited.

Kami pergi zoo negara beramai-ramai, singgah hentian Kajang, dan malam tersadai keletihan di rumah. Tambahan lagi cik Adi, cik Shafix, Hana dan Dina kena cirit-birit. Tak pasti tersalah makan apa. Alhamdulillaah yang lain sihat wal afiat, xdelah berbaris panjang depan toilet.

Kebelakangan ni cuaca sangat panas. Jadi, tidur malam semua pakat buka kipas to the max speed, buka tingkap dan ikat langsir. Alhamdulillaah a'la kulli haal.

Hari Isnin petang kami pergi KLIA untuk jemput abah yang baru pulang dari Kota Bharu. Tambah meriah!
Malam tu, ada yang pegi ke I-City, Shah Alam. Anak-anak ibu tak ikut kecuali Adam. Dia memang seronok dapat berjalan dengan his boy cousins. Dapat main lasak-lasak.

No comments: