Bismillaah
Lamanya senyap tanpa entri blog kami :) Sedar tak sedar, InshaAllah tak lama lagi akan bertambah lagi satu ahli keluarga. Moga Allaah permudahkan segalanya.
Sekarang ni anak-anak semuanya ke tadika yang sama. Maryam dah 'upgraded' daripada taska memandangkan dia asyik merayu nak ikut kakak dan abang ke sekolah 'besar.' Yalah, Maryam dah petah bercakap dan jadi antara yang paling 'tua' di taska. Jadi, dia agak cepat bosan bila bermain kerana tiada kawan - ramai babies yang masih belum pandai bermain ikut tahap Maryam.
Alhamdulillaah, di tadika Maryam dapat buat lebih banyak perkara: dapat belajar zikir, nursery rhymes, dan nasyid-nasyid baru.
Hajar pula dalam persediaan 'intensif' untuk masuk ke Darjah 1. Maklumlah zaman sekarang ni expectation terhadap murid-murid sangat tinggi walaupun baru nak masuk Darjah 1:kena pandai membaca bahasa Melayu, basic English, dan Jawi, kena pandai mengira dan mengaji. Semua ni akan diuji melalui ujian kelayakan dan kalau lepas, barulah boleh diterima ke sekolah tersebut(untuk sekolah integrasi dan sekolah swasta). Sebagai ibubapa yang baru pertama kali nak mendaftarkan anak ke sekolah Darjah 1, kami agak kalut juga mengisi borang itu dan ini dan nak memastikan tahap pencapaian Hajar sekarang. Walau apapun, kami mengambil keputusan untuk berpada dengan apa yang Hajar dah dapat capai pada waktu ini. Takdelah nak suruh dia belajar semua kemahiran tu siang dan malam. InshaAllaah, tak nak menekan anak kecil dan tergesa-gesa. Oh ya, ibu sangat impressed dengan tulisan tangan Hajar sebab nampak kemas dan cantik. Dah hampir nak menandingi tulisan ibu!
Our boy, Adam adalah yang paling talkative, friendly, and active, mashaAllaah. Kepetahan bercakapnya kadang-kadang mengalahkan ibu :) Sekarang dia dah sangat berkembang dalam skill menulis dan mewarna. AlHamdulillaah, jauh lebih cantik dan kemas lukisan-lukisan yang dia warnakan. Kadang-kadang susah membezakan antara hasil tangan Adam dan kakak. Untuk menulis, Adam masih lagi bertatih dan masih selalu menulis terbalik(mirror image). Mungkin dia masih keliru memandangkan dia adalah left-handed person.
No comments:
Post a Comment