Tuesday, May 08, 2012

Sarat

Bismillaah Bila dah sarat mengandung, kebanyakan malam ibu akan susah untuk tidur. Faktor ketidakselesaan, sukar bernafas, dan pelbagai lagi mempengaruhi tidur si ibu. "wahnan a'la wahnin" memang benar. Kandungan semakin membesar, berat semakin bertambah, tulang belakang dan kaki terpaksa menanggung berat yang bertambah, badan sudah menjadi letih, ditambah lagi masa rehat yang kurang berkualiti disebabkan tidur yang terganggu. Ada juga ibu yang mengalami kegatalan di bahagian perut akibat regangan kulit dan tidak dirawat dengan losyen yang sesuai. Tapi, keadaan tidak boleh tidur malam ini boleh ditukar kepada nikmat. Apabila sudah mudah untuk bangun malam, mudahlah untuk melakukan ibadah di malam hari. Sepi dari anak-anak kecil yang lain dan pelbagai tugasan rumah yang biasanya sudah diselesaikan di siang hari. Qiamullail, tadarus, dan zikir. Kalau ada ibu yang sudah tidak larat bersolat seperti biasa, boleh duduk. Ada keringanan dalam Islam. Lagipun, ini mungkin adalah latihan yang baik memandangkan proses menjaga bayi selepas kelahiran memang tidak dapat dijangka. Indahnya aturan Allaah, mashaAllaah.

No comments: