Tuesday, April 24, 2012

Beraktiviti, berpeluh untuk jadi sihat!

Bismillaah

Adam dan Hajar bersemangat mengemas rumah malam ini. Ada tetamu nak datang hari Sabtu, inshaAllaah (that's 4 days away!)

Adam membahagikan tugas: Adam kemas ruang tamu, dan Hajar kemas dapur.

Selepas mengemas, ibu berterima kasih pada Adam. "MashaAllaah, cantiknya Adam kemas.JazakAllaahu khayr, barakAllaahu fik Adam sebab dah kemas rumah. Tengok tu, sampai berpeluh-peluh dah Adam."

Adam spontan menjawab, "Takpelah ibu, bukan ker berpeluh tu sihat."

=) MashaAllaah.

Earlier tonight, Adam was very sad because he couldn't tag along with abah to the surau. Abah kena menyampaikan tazkirah maghrib hari ni surau Kajang Utama(kalau tak silap). Memang setiap bulan Abah akan ke sana pada hari Selasa. Cuma hari ni Adam teringin sangat nak ikut. Dah siap pakai kopiah dan 'baju surau' dia. Tapi, abah keberatan nak bawa Adam sekali sebab takde sape nak jaga dia masa abah duduk berceramah nanti. Ibu pula tak larat nak angkut anak-anak semua ke surau. Sorry Adam :( . He kept asking me to call his abah to pick him up and take him to the surau.

No comments: