Bismillaah
alHamdulillaah, dapat bangun sahur pagi ni. Hajar pun bangun bersahur sama :)
good start.
Hajar bangun dengan mudah, tanpa dolak-dalik. Walaupun duduk di meja makan dengan muka masih mengantuk, tapi Hajar tak menolak bila dipelawa susu dan oat. Lepas tu makan sedikit nasi dan ayam.
Adam, taknak bangun.ehehe.semalam semangat nak minta kejutkan sahur. Bangun pagi tadi, terus minta susu :)
Maryam pula merupakan cabaran besar buat Hajar. Masa Maryam nak makan cocoa crunch, dia sempat pelawa kakak makan sama. Hajar terpaksa tolak. Lepas tu, dah kenyang minum susu tapi masih berbaki, Maryam pelawa kakak susu pula, macam yang biasa dia lakukan. Kakak terpaksa tolak lagi.
Hajar ter-minta vitamin tadi bila dia lupa dia sedang berusaha berpuasa. Ibu ingatkan dia masa puasa tak boleh makan dan tak boleh minum, tak boleh usik orang, dan tak boleh gaduh dengan adik-adik. Hajar pun sengih malu dan tak jadi nak makan vitamin C Scott Emulsion kegemaran anak-anak ibu.
Untuk pujuk Hajar, harini dia dressed up like a princess. Siap dengan dress pink kembang dan labuh, dan barang kemas.
InshaAllaah cabaran ibu untuk Ramadhan ini dan masa mendatang ialah to keep cool and sabr dalam melayan kerenah anak-anak dan mengurus rumah tangga + dalam menyantuni sesama insan.
Adakah kamu mengaku beriman sebelum kamu diuji?
No comments:
Post a Comment