Bismillaah
AlHamdulillaah, ibu diberi kesempatan untuk menulis dan mengabadikan mengenai kenangan manis bersalin di rumah dengan ditemani abah a.k.a best amateur bidan yang tercinta.
23 Mei 2012, adalah hari dijangka bersalin(EDD) untuk cahaya mata ibu yang ke-4 setelah keguguran akhir November 2010(Ni kira kandungan ke-5, anak ke-4, alHamdulillaah).
Puteri ke-4 kami, Sarah, telah selamat dilahirkan dengan berat 3.7kg pada 1.54 petang, tepat pada tarikh EDD tersebut.
Sehari sebelum kelahiran Sarah, mucus plug ibu dah jatuh(betul ker term ni? ehehe) sejurus sebelum Fajr, 22 Mei 2012. Ibu sangat teruja sebab akhirnya penantian dah menunjukkan tanda akan berakhir. Lepas tu, ibu google mengenai mucus plug dan kenalah terima hakikat yang tak semestinya kelahiran tu akan berlaku cepat sebab ada yang melahirkan beberapa jam sehingga beberapa minggu selepas mucus plug diorang 'jatuh.'Jadi, tak bolehlah excited sangat kan. Kena tunggu dan lihat dengan sabar.
Bila ibu bagitau abah, abah cool jer dan nasihatkan ibu tunggu sahaja + berdoa, satu pesan abah yang tak pernah tinggal. Hari tu, hari yang cerah dan indah dengan mentari bersinar. Pagi-pagi lagi kami sekeluarga keluar untuk menghantar Hajar, Adam dan Maryam ke tadika. Selepas tu, ibu dan abah bersarapan di Restoran Roti Puri Seksyen 3 Bangi(jemput mencuba roti puri dan makan di restoran ini, free ad :) ). Ibu sempat lagi temankan abah ke klinik ambil suntikan Meningcocoal sebab abah diberikan peluang oleh Allah untuk ke Madinah dan Mekah menunaikan umrah. Selepas dari klinik, abah ajak ke pejabat Andalusia Travel untuk serahkan kad imunisasi. Rasanya abah risau nak tinggalkan ibu sendirian di rumah, ehehehehe.
Sepanjang hari ibu berdebar-debar menunggu tanda-tanda melahirkan yang seterusnya, tapi masih tiada. Ibu berdoa semoga dapat melahirkan semasa anak-anak yang lain di tadika agar lebih mudah dan selesa :). Bila jam menjangkau 6 petang, anak-anak pun balik ke rumah dengan riang dan ibu masih lagi tiada tanda-tanda atau sakit nak bersalin. Malam tu buat tugasan seperti biasa: makan bersama keluarga, lipat kain, basuh kain, jemur kain, susun kain(ehehe...semua pasal kain baju kan. AlHamdulillaah memang suka buat chores yang ni) masukkan kain baju ke dalam beg tadika anak-anak, seterika baju, dan kemas rumah. Sehingga masuk tidur di sebelah malam, hanya lendir beserta sedikit darah yang turun. Malam tu, memang ibu tak nyenyak tidur sama seperti malam-malam sebelumnya memandangkan perut dah senak dan tidur memang tak selesa. AlHamdulillaah a'la kulli hal. Pusing kiri, pusing kanan, menelentang, semua serba tak kena. Ini memang latihan untuk menyiapkan ibu secara fizikal, intelektual, emosi, dan spiritual untuk menjaga bayi baru lahir yang tidur tak menentu nanti :)
Bermula jam 3 pagi, ibu mula merasa sedikit contraction. Suasana sunyi dan hanya diselang-seli dengan bunyi putaran kipas yang laju di syiling. Hembusan angin menambahkan kedinginan pagi yang menyegarkan. contraction hanya sekejap dan sakit macam sengugut yang sederhana. Ibu dah mula berdebar-debar dan lagilah tak boleh tidur sebab teruja. Sejak tu, contraction datang sekejap-sekejap dan tak menentu. Tapi, sakitnya biasa-biasa jer dan ibu masih boleh terlena sekejap di antara contraction. Ibu ingatkan akan bersalin sebelum subuh, tapi sakit tak bertambah dan contraction masih lagi jauh di antara satu dengan yang lain. Bangun pagi, sempat lagi siapkan anak-anak untuk ke tadika.
Rumah kembali sepi bila Hajar, Adam, dan Maryam dah bertolak ke tadika. Pagi tu, ibu hanya duduk atau berbaring untuk berehat memandangkan semua kerja rumah sudah ibu lakukan malam semalam. Abah pula terus pulang ke rumah selepas menghantar anak-anak ke tadika untuk standby tengok-tengokkan perkembangan ibu.
Masa terasa lambat berlalu bila ibu mula mengira jarak antara contractions. Masih lagi jauh, lambat lagi, tak sakit sangat lagi :) Bila tengah contraction, ibu praktikkan teknik pernafasan dalam-dalam yang ibu sempat baca di internet di samping doa yang tak putus agar Allah beri kemudahan dan keselamatan kepada ibu dan bayi. Alhamdulillaah, memang dapat membantu kita mengawal dan mengurangkan kesakitan. Dalam pada tu, ibu kerap ke tandas untuk buang air sebab perut sakit dan loose stools. Memang antara tanda-tanda nak bersalin lah tu. Lagipun, ibu nak pastikan pundi kencing tak penuh masa bersalin dan nak elakkan terkincit..ehehehe.
Dah nak dekat tengahari, ibu mula siapkan 'tempat bersalin.' Lapik tilam dengan plastik hitam yang besar tu dan letak alas macam kat hospital tu. Siapkan towel untuk bayi. Lepas tu, ibu mula pasang bacaan Qur'an Mishary Rashid al-Afasy(I wish I had done this much earlier!). Sangat soothing dan menghiburkan jiwa. Lagi-lagi bila ada ayat yang ibu hafal dan dapat baca bersama, terus lupa sakit sekejap. Sesambil tu, baring-baring kat sofa sebab ibu rasa lebih selesa berbanding atas katil. Pusing kiri, pusing kanan, dan sakit contraction semakin kerap dan dekat antara satu sama lain.
Abah turun dari office nya di tingkat atas. Dah masuk waktu Zuhr rupanya. Abah tanya kalau ibu nak pesan apa-apa, boleh abah belikan lepas solat di surau nanti. Tapi, masa tu abah dah perasan muka ibu berkerut-kerut tahan sakit. Jadi, abah kata akan pulang rumah segera selepas solat jemaah.
Bila abah melangkah keluar rumah untuk ke surau, ibu rasa sakit dah semakin kuat dan terdetik mungkin akan bersalin tak lama lagi. Ibu banyak-banyak doa supaya sempat tunggu abah balik dari surau.
Bila semakin sakit, ibu turun dari sofa and got on all four. Rasa kurang sikit sakit bila boleh berpaut kuat pada rangka sofa pada posisi macam merangkak tu. Tarik nafas dalam-dalam dan istighfar banyak-banyak. Ambil kesempatan, ehehehe, moga dengan menanggung sakit tu Allaah Ta'ala cabut segala daki-daki dosa. Ameen.
Dah terasa kepala bayi menolak-nolak di pintu rahim. Ibu tahan dan tarik nafas dalam-dalam. Ibu nak pintu rahim sudah betul-betul terbuka dan bersedia untuk memberi laluan kepada bayi, jadi tak ada trauma cedera perineum nanti. Plus, abah belum balik.
Excited, nervous!
Tiba-tiba pintu rumah dibuka, dan abah pun muncul! Alhamdulillaah, yeay! Perfectly the right time.
Abah dengan tenang tanya, "dah nak 'keluar' ke?" dan bersedia di posisi menyambut bayi.
Ibu dah bersedia untuk biarkan contraction yang kuat untuk menolak bayi keluar. Ibu bertahan untuk tak meneran / push bayi. Kekuatan otot-otot rahim sudah cukup kuat menolak bayi untuk turun ke bawah dan keluar. Lagipun, dengan posisi ibu, graviti membantu proses kelahiran, Allaahuakbar.
Contraction yang super kuat 1 - "poop"! Air ketuban pecah dan ibu rasa air tu memancut keluar. Ehehehe..risau pulak abah terkejut dan basah kena air ketuban. Tapi, abah cool jer dan kata, "okay, semua terkawal." Abah tak kena pun air ketuban tu.
Contraction yang super kuat 2 - Abah kata, "rambut bayi dah nampak!". He sounded very excited. Lepas tu, ibu terasa the ring of fire, dan kepala bayi pun keluar. Ibu sempat lagi berkira-kira ada luka ker tak..uhuhuhu..
Contraction yang super kuat 3 - bayi pun terkeluar.
Alhamdulillaah!
Bayi yang sihat dan besar! Ibu menjangkakan bayi sekitar 3.0kg, tapi nampaknya Sarah lebih besar dari itu(3.7kg ditimbang di Hospital Serdang)
No comments:
Post a Comment