Bismillaah
Semalam hujan lebat bila menjelang malam, AlHamdulillaah muthirna min rahmatillaah. Para syurgawan leka bermain, bergurau, bergaduh, dan berdiplomasi sesama mereka. Kakak Hajar lebih banyak jadi pemerhati kepada krisis-krisis manja antara Maryam dan Adam sekarang. Kakak Hajar lebih banyak tolong ibu tengokkan Sarah bila ibu ke dapur, solat, dan etc. AlHamdulillaah, para syurgawan banyak membantu tugasan ibu di rumah secara tidak langsung. Rumah pun sentiasa meriah dengan suara tawa dan tangis mereka. Usia kecil begini, memang ragam mereka pelbagai. Dari yang mencuit hati sampailah yang menggoncang kesabaran walHamdulillaah.
Sekarang syurgawan sibuk update ibu pasal persiapan hari ihtifal mereka. Ada lagu dikir barat baru yang syurgawan suka nyanyi. Agaknya itu untuk persembahan hari ihtifal. Maryam pulak kata yang dia akan pakai baju ladybird(tapi kakak Hajar kata,"lebah la, Maryam. Bukan ladybird!" LOL). Maryam menyumbang jugak dalam persembahan kot walaupun bukan pelajar tadika secara rasmi.
Abah outstation ke Jelebu. Adam tertanya-tanya mengapa abah tak balik memandangkan syurgawan masih lena tidur semasa abah bertolak awal pagi tadi. Adam nak roti, tapi roti dah habis huhuhu.Merajuk dia tak nak habiskan makan malam. Tak sedap katanya. erk~ Takper, Maryam makan penuh selera dan kakak pulak kata tak suka telur dan meatballs. Banyak ragam berbeza bagi setiap syurgawan ni, mashaAllaah.
Cik puan Sarah pula semakin bijak setiap hari alHAmdulillaah. Sekarang dah tahu kalau kita tinggalkan dia sorang-sorang. Menjeritlah sekuat hati sampai kita datang balik..uhuhuhu. Sarah menangis tak lama dan tak berpanjangan. Kalau ibu datang pujuk, terus senyum. Bila berganjak sikit, terus sedih. Sarah pun semakin laju jer berguling-guling ke sana ke mari. Sekejap jer dah sampai hujung sana hujung sini. Dah sampai corner tu, biasanya dia akan tersekat tak boleh gerak. Takde jugak Sarah menangis protes, cuma kesian tengok dia terkebil-kebil. Kena selalu angkat dan alihkan dia ke tengah semula.
No comments:
Post a Comment