Thursday, November 08, 2012

Qur'an

bismillaah

Bila terbaca tentang anak-anak kecil yang lidahnya sudah fasih mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran, ibu terasa sayu dan bersalah kepada anak-anak ibu. Hajar misalnya, sudah 6 tahun tapi masih lagi berada di buku Iqra' 4 walHamdulillaah. Kadang-kadang, dia menyuarakan keinginan untuk membaca al-Quran sendiri macam beberapa kawan-kawan lain di tadika. Anak-anak ibu sudah menghafal beberapa surah pendek dan hadis bersama guru-guru di tadika. Tapi, mereka berhak untuk lebih dekat dan tahu lebih banyak al-Quran semenjak usia kecil lagi, kan?

banyak yang ibu dan abah kena usahakan untuk diri sendiri dan anak-anak agar tidak jadi Muslim yang biasa-biasa saja. Sudah letih menjadi biasa, jadi orang yang menerima apa adanya saja, dan jadi hamba yang kurang berusaha. Kalau dulu ibu masih lagi bergelut belajar membaca al-Quran walau usia sudah mencecah 13 tahun, ibu tidak mahu anak-anak ibu terlepas peluang yang banyak pada masa usia muda untuk bermesra dan intim dengan al-Quran.

sekarang ibu usahakan untuk dengarkan lebih banyak al-Quran bersama anak-anak dengan membaca Qur'an, mengajak mereka menyemak hafalan surah, mengulang-ulang surah semasa di dalam kereta, dan memberi galakan dan pujian bagi anak-anak yang menyahut kempen ini. Moga Allaah permudahkan usaha untuk jadi hamba Allaah yang menjalani hidup ini dengan lebih makna. Ameen.

semuanya berdikit-dikit dan perlahan-lahan inshaAllaah. Hanya beberapa minit untuk setiap sesi untuk tidak membosankan dan membebankan anak-anak. Setiap sesi, dijadikan se-riang, se-kreatif mungkin dan berbeza dari tadika inshaAllaah.

Doakan kami agar al-Quran terus subur dalam generasi Muslim.

No comments: