Bismillaah
Tips penjagaan anak ~weeee!
Biasanya rambut para ibu akan gugur dengan banyaknya beberapa bulan selepas bersalin. Jadi, adalah amat penting untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran pada waktu tersebut.
Pastikan tiada rambut yang tersangkut di celah leher, lipatan lengan anak(yang biasanya berisi dan berketul-ketul macam maskot michelin), di lipatan peha, tangan dan bahagian tubuh bayi yang lain. Bayangkanlah kalau ada rambut membelit dan terselit, mesti rasa tak selesa kan. Lagipun, oleh menyakitkan dan membahayakan bayi. Bila bayi dah aktif menghisap jari dan memasukkan benda-benda yang dipegang ke dalam mulut, kenalah selalu perhatikan untuk mengelak rambut masuk ke dalam mulut bayi.
No comments:
Post a Comment