Bismillaah
Gigi Hajar yang tercabut tu dah nak tumbuh baru, alHamdulillaah! nampak dah gigi tu nak mula keluar. Moga Hajar menghargai nikmat sebatang gigi itu, yang akan kekal bersama sepanjang hayat, inshaAllaah.
AlHamdulillaah, kami dah mula bagi Sarah makan solids. Sarah sangat berminat kalau tengok orang makan, siap hisap-hisap bibir sampai turun air liur dan berbunyi-bunyi. Dah sampai masa Sarah makan pulak selepas hanya susu ibu secara eksklusif selama ini. Makanan pertama bagi Sarah adalah bubur nasi campur ayam kisar. Sebenarnya abang dan kakak-kakak punya, tapi bagi Sarah sekali tapi yang versi hancur. Suka sangat dia. Semalam, perisa baru pulak carrot+sweet potato+tomatoe+chicken. AlHamdulillaah laju jer Sarah habiskan. Menyusu pun tetap banyak macam biasa.
Hari Khamis lepas, sempena cuti Maal Hijrah, syurgawan bertiga danced in the rain.eheheh.bagi mandi hujan! Pertama kali ni. seronok betul diorang apatah lagi hujan tu makin lama makin lebat. Siap bershampoo sabun semua kat laman. Ibu bagi tuala untuk keringkan badan pun dibawa bermain dalam hujan sekali ala-ala mantel. Habis basah!
No comments:
Post a Comment