Monday, November 05, 2012

Chef

Bismillaah


Hari Sabtu lepas, Adam jadi 'chef'. Itu yang Hajar dan Maryam panggil Adam. Sangat bangga yer Adam diiktiraf sedemikian rupa, mashaAllaah :)

Apa yang Adam dah buat?

Dia 'siapkan' hidangan roti canai untuk semua orang(roti of course dari kedai yer).Adam carik-carikkan roti canai, bubuh dalam mangkuk(sorang satu), dan letak kuah. Lepas tu, Adam hamparkan alas kat lantai(makan bersila semua yer ala-ala orang kampung). Kemudian, Adam susun semua mangkuk dan cawan atas hamparan. Minta ibu tolong siapkan air dan Adam tuang dalam cawan semua orang. Seronoknya makan macam berpiknik di ruang tamu sendiri alHamdulillaah. Lepas habis makan, Adam tolong kemaskan pulak! MashaAllaah tabarakAllaah.

Inilah training 'Leader in Me' di kalangan syurgawan di rumah ni. Hajar biasanya suka jaga adik Sarah dan ajar adik-adik membaca Iqra' dan buku. Adam suka mengemas dan Maryam suka 'tolong' ibu bila ibu nak lipat kain dan mandikan adik. Bila mereka diberikan kepercayaan melakukan sesuatu, mereka rasa dihargai dan lebih yakin alHamdulillaah.


No comments: