Tuesday, October 30, 2012

Kau Pergi...

Bismillaah


Harini ibu dan abah mengiringi jenazah ibu mertua Kak Ton ke tanah perkuburan di PJ. Arwah pergi selamanya jam 1230 pagi semalam selepas sistem organ dalaman kalah kepada diabetes dan kesan berangkainya.

Insaf bila melihat ke dalam lubang kubur yang sempit, tanah pusara yang kering, kontang. Tempat kita semua bakal bersemadi-tidak banyak bezanya.

Anak-anak kecil masih tidak mengerti. Tenang dan teruja melihat opah mereka dihantar 'tidur.' Mungkin tidak terfikir bagi mereka bahawa itulah kali terakhir jasad opah ditatap.

Tinggallah kita mengambil peringatan. Nyawa dikandung badan bakal ditarik keluar. Kita, bakal jenazah yang akan datang.

No comments: