Bismillaah
alHamdulillaah, anak-anak ibu sudah diberi pendedahan awal kepada isu Palestin di tadika. Mereka sudah mendengar tentang Gaza dan betapa jahatnya Zionis Israel sebelum tragedi serangan terbaru November ini.
Di Malaysia, kita berdansa ria di bawah 'November rain.' Di Gaza, mereka dihimpit hujan kemusnahan bom-bom Zionis yang bacul. walHamdulillaah a'la kulli haal. Lebih 162 orang mujahid yang telah melangkah ke syurga idaman. Allaahu musta'an. Gencatan senjata sudah termeterai untuk solusi sementara.
Anak-anak ibu tahu Zionis itu jahat, dan mereka faham bila diberitahu tidak elok makan atau di tempat-tempat(dan beli barang-barang) yang menyumbang dana kepada Zionis. Walaupun anak-anak suka bila dapat makan di situ, tapi mereka tidak menangis memberontak bila dikatakan 'tidak' beserta penerangan di sebaliknya.
alHamdulillaah, sesi belajar iQra' makin meriah di rumah. Masing-masing bersemangat membaca dengan lancar dan belajar makhraj serta hukum tajwid yang betul. Sungguh comel bila mulut mereka tersenget dan termuncung bila cuba menyebut huruf dengan betul. Kekadang mereka ketawa geli hati sendiri. Sungguh seronok mashaAllaah.
yup, kita harus berjuang bersama palestin. Berjuang secara fizikal dengan membantu boikot dan menahan keinginan menggunakan barang-barang yang mungkin sudah sebati dengan kehidupan sendiri, secara spiritual dengan selalu berdoa, belajar, beramal dan meningkatkan kualiti hidup seorang mukmin sejati dan berinfaq, secara emosi dengan terus yakin dan positif dengan setiap ketentuan dan ujian dari Allaah, dan secara intelektual dengan terus meningkatkan ilmu dan mengajarkan orang lain, inshaAllaah.
Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqir
No comments:
Post a Comment