Tuesday, November 20, 2012

Sistem STAR(S)

Bismillaah

sekarang kami mencuba praktikan sistem pemberian STAR(bintang) kepada Hajar, Adam, dan Maryam setiap kali mereka melakukan sesuatu kebaikan. Contohnya, menolong orang lain, berkongsi, baca IQRA', bermain dengan baik, dan sebagainya.  Anak-anak ibu sangat seronok mengira jumlah bintang yang sudah dapat dikumpul dan dapat menambah dan mengingati jumlahnya dengan tepat. Kadang-kadang ibu dan abah diberikan pelbagai bentuk pertolongan daripada anak-anak sampaikan tak sempat nak bagi bintang bagi setiap kebaikan tersebut.




Cik Maryam
Semasa ibu menghadiri kelas alMaghrib, Adam dan Hajar telah menolong ibu menyidai kain. Yup, they did it mashaAllaah! Terharu sangat bila tengok kain yang ibu tak sempat sidai sebelum meninggalkan rumah di sebelah pagi, sudah elok tersidai di ampaian. Kebetulan, kain tak banyak hari tu.Adam punggah baju dari mesin basuh(front loading) ke dalam bakul dan bawa ke laman. Kemudian, Hajar dan Adam sidai di penyangkut baju dan letak di ampaian dengan teliti dan tak nampak seolah kanak-kanak 6 dan 5 tahun yang melakukannya, alHamdulillaah.

Sarah at HEROES Conference


Di dalam rumah, Adam dan Hajar mengemas barang-barang permainan dan buku-buku mereka di bilik masing-masing. Semua tersusun rapi. Malam tadi, Adam tolong kutip permainan yang terjatuh
(lalu tersembunyi) di belakang sofa. Ada banyak rupanya benda tersembunyi di sebalik sofa tu..uhuhuhu.



Hajar at HEROES Conference


 Anak-anak ini juga dilatih untuk bertanggungjawab dengan barang milik masing-masing. Contohnya, kain tuala hendaklah digantung di tempat yang sepatutnya untuk dikeringkan, baju yang kotor hendaklah diletakkan di bekas pakain kotor, pakaian dari tadika hendaklah dikeluarkan daripada beg dan diletakkan di bekas pakaian kotor, cawan yang telah digunakan hendaklah diletakkan di dalam sinki, dan sampah haruslah dibuang ke dalam tong sampah. Banyak lagi perkara yang boleh diajarkan kepada anak-anak agar mereka lebih berdisiplin dan berdikari inshaAllaah.

No comments: