Wednesday, November 28, 2012

Kami Saintis Kecil

Bismillaah
 
Syurgawan tengah bereksperimen buat istana 'pasir'. Bukan pasir tapi man made material yang macam pasir. Syurgawan dapat daripada kit Little Scientist yang dijalankan di tadika sempena musim cuti sekolah ni. Biasanya kalau ada bahan-bahan yang terlebih atau tak sempat nak habiskan di tadika, mereka akan dibenarkan bawa balik ke rumah. seronoklah anak-anak ni. Di luar tengah hujan masa ni.
 


sementara itu, cik Sarah bergembira di dalam rumah

Friday, November 23, 2012

Syurgawan Palestin

Bismillaah

alHamdulillaah, anak-anak ibu sudah diberi pendedahan awal kepada isu Palestin di tadika. Mereka sudah mendengar tentang Gaza dan betapa jahatnya Zionis Israel sebelum tragedi serangan terbaru November ini.

Di Malaysia, kita berdansa ria di bawah 'November rain.' Di Gaza, mereka dihimpit hujan kemusnahan bom-bom Zionis yang bacul. walHamdulillaah a'la kulli haal. Lebih 162 orang mujahid yang telah melangkah ke syurga idaman. Allaahu musta'an. Gencatan senjata sudah termeterai untuk solusi sementara.

Anak-anak ibu tahu Zionis itu jahat, dan mereka faham bila diberitahu tidak elok makan atau di tempat-tempat(dan beli barang-barang) yang menyumbang dana kepada Zionis. Walaupun anak-anak suka bila dapat makan di situ, tapi mereka tidak menangis memberontak bila dikatakan 'tidak' beserta penerangan di sebaliknya.

alHamdulillaah, sesi belajar iQra' makin meriah di rumah. Masing-masing bersemangat membaca dengan lancar dan belajar makhraj serta hukum tajwid yang betul. Sungguh comel bila mulut mereka tersenget dan termuncung bila cuba menyebut huruf dengan betul. Kekadang mereka ketawa geli hati sendiri. Sungguh seronok mashaAllaah.

yup, kita harus berjuang bersama palestin. Berjuang secara fizikal dengan membantu boikot dan menahan keinginan menggunakan barang-barang yang mungkin sudah sebati dengan kehidupan sendiri, secara spiritual dengan selalu berdoa, belajar, beramal dan meningkatkan kualiti hidup seorang mukmin sejati dan berinfaq, secara emosi dengan terus yakin dan positif dengan setiap ketentuan dan ujian dari Allaah, dan secara intelektual dengan terus meningkatkan ilmu dan mengajarkan orang lain, inshaAllaah.

Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqir

Tuesday, November 20, 2012

Sistem STAR(S)

Bismillaah

sekarang kami mencuba praktikan sistem pemberian STAR(bintang) kepada Hajar, Adam, dan Maryam setiap kali mereka melakukan sesuatu kebaikan. Contohnya, menolong orang lain, berkongsi, baca IQRA', bermain dengan baik, dan sebagainya.  Anak-anak ibu sangat seronok mengira jumlah bintang yang sudah dapat dikumpul dan dapat menambah dan mengingati jumlahnya dengan tepat. Kadang-kadang ibu dan abah diberikan pelbagai bentuk pertolongan daripada anak-anak sampaikan tak sempat nak bagi bintang bagi setiap kebaikan tersebut.




Cik Maryam
Semasa ibu menghadiri kelas alMaghrib, Adam dan Hajar telah menolong ibu menyidai kain. Yup, they did it mashaAllaah! Terharu sangat bila tengok kain yang ibu tak sempat sidai sebelum meninggalkan rumah di sebelah pagi, sudah elok tersidai di ampaian. Kebetulan, kain tak banyak hari tu.Adam punggah baju dari mesin basuh(front loading) ke dalam bakul dan bawa ke laman. Kemudian, Hajar dan Adam sidai di penyangkut baju dan letak di ampaian dengan teliti dan tak nampak seolah kanak-kanak 6 dan 5 tahun yang melakukannya, alHamdulillaah.

Sarah at HEROES Conference


Di dalam rumah, Adam dan Hajar mengemas barang-barang permainan dan buku-buku mereka di bilik masing-masing. Semua tersusun rapi. Malam tadi, Adam tolong kutip permainan yang terjatuh
(lalu tersembunyi) di belakang sofa. Ada banyak rupanya benda tersembunyi di sebalik sofa tu..uhuhuhu.



Hajar at HEROES Conference


 Anak-anak ini juga dilatih untuk bertanggungjawab dengan barang milik masing-masing. Contohnya, kain tuala hendaklah digantung di tempat yang sepatutnya untuk dikeringkan, baju yang kotor hendaklah diletakkan di bekas pakain kotor, pakaian dari tadika hendaklah dikeluarkan daripada beg dan diletakkan di bekas pakaian kotor, cawan yang telah digunakan hendaklah diletakkan di dalam sinki, dan sampah haruslah dibuang ke dalam tong sampah. Banyak lagi perkara yang boleh diajarkan kepada anak-anak agar mereka lebih berdisiplin dan berdikari inshaAllaah.

Mimpi sampai ke bintang

bismillaah

alHamdulillaah, weekend lepas ibu dapat menghadiri kelas alMaghrib di fakulti perubatan, UPM. Tempat jatuh lagi dikenang...ehehe. Allaah sebaik-baik perancang, dari tak pergi kepada terus mendaftar dan hadir ke kelas The Divine Link :) alHamdulillaah! HE definitely helped me to crush and smack my excuses right on the eyes!

Black eyes!

of course, no regret and was very thankful to Allaah for this chance. It's all about solat. Exciting to learn about things we know and don't know, and to revisit our  solat from the history to all of the elements in solat. Learning the deen is always wonderful and beautiful. This time, the teacher was Sh. Abu Eesa Niamatullaah from the UK. He definitely, got his own unique style of teaching. The class love it mashaAllaaah.

No bakwas!
(bakwas = nonsense)

Oh ya, we(all the 6 of us) attended the free Friday night as well. Met old friends and brought all the memories back :)


Hari Sabtu, para syurgawan termasuk Sarah duduk di rumah bersama abah. AlHamdulillaah, they survived the day :)! masa break tengah hari, ibu pecut balik rumah untuk belikan makan tengahari dan susukan Sarah. Walau kelam kabut dan agak lambat balik ke kelas, semua berjalan lancar walHamdulillaah. terasa penat sangat by the end of the day, but it was worth it alHamdulillaah.


Hari Ahad, abah ke Shah Alam untuk menghadiri Konvensyen Halatuju Pendidikan. Jadi, kakak Saadiah tolong jagakan para syurgawan. alHamdulillaah takda masalah. Lunch break ibu balik hantar makanan, tapi kakak Saadiah dah siap masak. Anak-anak ibu ordered macam- macam! Dari mee goreng sampailah nasi etc. Petang tu ibu balik awal sebab nak sampai rumah sebelum Maghrib dan sebelum hari gelap. Sekarang ni nak memandu malam tak berani sebab mata silau sangat walHamdulillaah a'la kulli haal. Lagipun, taknak kakak Saadiah tunggu lama selepas letih seharian meladeni kerenah anak-anak ibu. Jazakillaahu khayr, hanya Allaah yang dapat membalas jasanya.

Friday, November 16, 2012

Ana Ikan Bakar Petai














Teething

Bismillaah


Gigi Hajar yang tercabut tu dah nak tumbuh baru, alHamdulillaah! nampak dah gigi tu nak mula keluar. Moga Hajar menghargai nikmat sebatang gigi itu, yang akan kekal bersama sepanjang hayat, inshaAllaah.

AlHamdulillaah, kami dah mula bagi Sarah makan solids. Sarah sangat berminat kalau tengok orang makan, siap hisap-hisap bibir sampai turun air liur dan berbunyi-bunyi. Dah sampai masa Sarah makan pulak selepas hanya susu ibu secara eksklusif selama ini. Makanan pertama bagi Sarah adalah bubur nasi campur ayam kisar. Sebenarnya abang dan kakak-kakak punya, tapi bagi Sarah sekali tapi yang versi hancur. Suka sangat dia. Semalam, perisa baru pulak carrot+sweet potato+tomatoe+chicken. AlHamdulillaah laju jer Sarah habiskan. Menyusu pun tetap banyak macam biasa.

Hari Khamis lepas, sempena cuti Maal Hijrah, syurgawan bertiga danced in the rain.eheheh.bagi mandi hujan! Pertama kali ni. seronok betul diorang apatah lagi hujan tu makin lama makin lebat. Siap bershampoo sabun semua kat laman. Ibu bagi tuala untuk keringkan badan pun dibawa bermain dalam hujan sekali ala-ala mantel. Habis basah!



Heroes Conference


Bismillaah

alHamdulillaah, alHamdulillaah

yesterday was one of the happiest day this year. After so long, I've got to attend an Islamic conference from the beginning till the end with all of my four beloved children!

It was the Heroes conference at IIUM.

okay, honestly I was not registered until last Thursday, wasn't even aware of any conferences or Islamic programs around the Klang valley, which were lots of them day in and day out.

A friend told me about the conference, I checked the website and alHamdulillaah, happy to find out that mother's room with love live telecast would be available, and hey, the fee was cheap too, mashaAllaah!

So, I registered as a group with two other friends alHamdulillaah.

I was very excited that I prepared everything the night before - yup, packed all the stuffs I thought would be needed to keep my children entertained and comfortable to stay in the hall from 10am to 10 pm! I ended up with several bags - it was like getting ready for a week away!

In the morning, everyone woke up a bit earlier, as abah had to leave for a talk in the morning too. So, syurgawan and ibu got ready and waited for ibu's friend to pick us up.

The ride to IIUM was smooth and happy, the sky was bright and beautiful mashaAllaah. We made a few stops to buy breakfast and refill the fuel.

Arrived at IIUM, everyone carried his/her bags and alHamdulillaah for ibu's friends for helping us carrying our stuffs - uhuhuhu..too many and heavy!. We parked a bit farther from the hall as the parking area was full. Was informed that attendees were about one thousand!

AlHamdulillaah the volunteers were friendly and helpful. We finally made it to the mother's room, alHamdulillaah! Unpacked our things and got ready for the ilm session.

However, the telecast was not up yet :( uhuhuhuhu. At first, we were told to join the others in the main auditorium, but no children allowed. My syurgawan refused to be left at the nursery(available for RM20/child). They wanted to stay with ibu walHamdulillaah.

So, I was down initially, but quickly made du'a to Allaah to grant me patience and ease for the duration of the day. I made the same du'a last night, and I knew Allah heard me. It was just I have to be a bit patient.

I enjoyed my time waiting, while entertaining my baby and curious toddlers.

An hour later, the lady technician came and set up the LCD, it worked! but, no sounds.uhuhuhu.
They said the audio cable was not long enough to be pulled and connected to the mother's room. We had to move to a new room later, because the main session was ongoing and they didn't want to interrupt the audio.

AlHamdulillaah a'la kulli haal. AlHamdulillaah, Allaah gave me the strength to avoid complaining, and stay happy and content with everything around me. Yup, I missed all the morning sessions.

Finally, after the Zuhr break, they moved us to the new mother's room. It was a musolla, so it was very comfortable. It was a clean and nice room with attached wudhu'a area and restrooms! It was a blessing indeed as I didn't have to run back and forth to the restroom everytime a child wanted to use it. Plus, only mommas with child/ren were allowed to use the facility, so no QUE and big crowd, alHamdulillaah, alHamdulillaah. I wouldn't complaint about having to take all of our belongings from the previous room to the new one, which was located at the second floor and we had to walk quite a bit. I was helped with many volunteers and friends, jazakumullaahu khayr.

AlHamdulillaah, I enjoyed the conference and almost throughout the conference just stayed in the mother's room, except for the few minutes moving from the previous room to the substitute room, and oh ya, went to the restroom with Adam and had to wait in a long line(before we got into the musolla cum mother's room). I guess I was so focused on listening to the talks and taking care of my little ones that I forgot about taking a walk outside or meeting a friend etc, mashaAllaah. syurgawan visited the booths with kakak Saadiah. oh ya, lunch were bought by kakak saadiah and Amirah too.

my children were busy making new friends, coloring, exploring, etc. they enjoyed the conference too. little complaints and no major fights and crankiness, mashaAllaah walHamdulillaah! All were up and running until they were really tired, only after 9pm LOL. Adam fell asleep first, followed by Hajar, then Maryam. Sarah was the one who remained awake. Sarah was so very cooperative through the entire stay eventhough she had a runny nose and cough, alHamdulillaah alHamdulillaah, she was easy and happy! A 5+ month old baby mashaAllaah.

The conference ended half an hour earlier than scheduled. It was scheduled to end at 11pm, but the VVIP was not there for the final closing ceremony. Abah came to pick us up at around 11pm, he was around at IIUM too for his coaching session earlier. By that time, all 3 toddlers were fast asleep. We managed to wake Adam and Hajar, but not Maryam, LOL! Our lil Sarah almost immediately fell asleep as the car left the carpark! I guess she was very tired too, but too happy to be cranky at all mashaAllaah.

We reached home just a few minutes past midnight, alHamdulillaah.

That night, I cought a flu and fever, alHamdulillaah a'la kulli haal. Gave it all out for the conference, and it was time for kaffarah of my sins :)

Huge thanks to Abah, kakak Saadiah, and Kakak Amirah, and my beloved children.JAZAKUMULLAHU KHAIRAL JAza.

Bunga graduasi Hajar :)
Thanks for making it a sweet and memorable experience for ibu.

Dialogue

Bismillaah


Adam: Ibu, Oktober tu apa?
Ibu: Bulan

Adam: Ohh, jadi November tu bumi?


Wednesday, November 14, 2012

sawang sawang please go away!

bismillaah

sudah mula bersawang laman kami kan...walhal ada banyak juga perkara yang berlaku sekitar beberapa hari yang lepas walHamdulillaah.

Memang laju betul masa berlari, tak terkejar :(

Hari Ahad lepas, hari Ihtfal tadika. alHamdulillaah, syurgawan sangat seronok sebab dapat buat persembahan dan dapat hadiah. Istimewa kan di tadika, semua orang dapat hadiah dan penghargaan yang sama. Mereka tidak dibezakan dengan kedudukan pandai vs kurang pandai, etc. Yang istimewa, mereka yang cemerlang dalam Qur'an dan hafazan diberi penghargaan pada majlis ini. Ya, celik Qur'an dan bukan cerdas baca dan kira semata.

Ada anak-anak yang punya tahap keyakinan tinggi, boleh jadi pengacara majlis mashaAllaah. sangat keletah dan berbakat pada usia 6 tahun. Ada yang lancar dan mahir membaca Qur'an pada usia 5 tahun. Ada yang sudah boleh bersajak dan berdeklamasi dengan penuh emosi. MashaAllaah tabarakAllaah. Indahnya jiwa kanak-kanak yang belum tercalar dengan kejamnya nilaian manusia. Mereka yakin diri, gembira, dan berani.

Anak-anak ibu buat persembahan berkumpulan saja. Hajar adalah seorang yang pemalu dan pendiam di tadika..ehehehe. Maryam pulak, menyelit masuk kumpulan 4 tahun. Adam memang bersungguh-sungguh bernasyid dan berdikir barat. Terhibur ibu abah melihat keletah anak-anak di pentas.

Majlis ihtifal penuh warna warni, buat anak-anak senang hati.
Ibu gembira, abah suka, syukur alHamdulillaah.

Pengajaran daripada majlis ihtifal tersebut:
- perlu usaha lebih gigih untuk jalankan amanah mendidik anak-anak dengan ilmu al-Qur'an
- biar mereka fasih dan lancar membaca al-Qur'an, dan lebih senang dan tepat dalam menghafalnya
- bila sebati dengan Qur'an, terus dizahirkan dengan akhlaq dan amalan
Allahumma yassir wa la tuassir

Gambar-gambar yang dipinjam dari FB Tadika Ummi Alam Sari
(sekarang Tadika Umi Alam Ceria)





Dikir Barat
Dikir Barat dari murid 5 tahun


4 Tahun(Maryam baru 3 tahun ehe)

A, B, C's





Going to the zoo, and look, it is a bunny! LOL

Perarakan masuk para graduan..

how time flies, mashaAllaah. Hajar is going to Darjah 1 next year inshaAllaah























Friday, November 09, 2012

Kasih Tanpa Syarat

Bismillaah

Kasih tanpa syarat
Hadiah Allaah menganugerah kasih dan sayang
Diwarisi ibu ayah untuk diberi kepada anaknya

Moga anak-anak 
terus menebar kasih tanpa syarat 
pada hayat ini dan selepas hayat kami pergi
menanti titipan kasih lewat doa
anak-anak soleh penyejuk penawar
hingga ke syurga

Ameen








Thursday, November 08, 2012

Qur'an

bismillaah

Bila terbaca tentang anak-anak kecil yang lidahnya sudah fasih mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran, ibu terasa sayu dan bersalah kepada anak-anak ibu. Hajar misalnya, sudah 6 tahun tapi masih lagi berada di buku Iqra' 4 walHamdulillaah. Kadang-kadang, dia menyuarakan keinginan untuk membaca al-Quran sendiri macam beberapa kawan-kawan lain di tadika. Anak-anak ibu sudah menghafal beberapa surah pendek dan hadis bersama guru-guru di tadika. Tapi, mereka berhak untuk lebih dekat dan tahu lebih banyak al-Quran semenjak usia kecil lagi, kan?

banyak yang ibu dan abah kena usahakan untuk diri sendiri dan anak-anak agar tidak jadi Muslim yang biasa-biasa saja. Sudah letih menjadi biasa, jadi orang yang menerima apa adanya saja, dan jadi hamba yang kurang berusaha. Kalau dulu ibu masih lagi bergelut belajar membaca al-Quran walau usia sudah mencecah 13 tahun, ibu tidak mahu anak-anak ibu terlepas peluang yang banyak pada masa usia muda untuk bermesra dan intim dengan al-Quran.

sekarang ibu usahakan untuk dengarkan lebih banyak al-Quran bersama anak-anak dengan membaca Qur'an, mengajak mereka menyemak hafalan surah, mengulang-ulang surah semasa di dalam kereta, dan memberi galakan dan pujian bagi anak-anak yang menyahut kempen ini. Moga Allaah permudahkan usaha untuk jadi hamba Allaah yang menjalani hidup ini dengan lebih makna. Ameen.

semuanya berdikit-dikit dan perlahan-lahan inshaAllaah. Hanya beberapa minit untuk setiap sesi untuk tidak membosankan dan membebankan anak-anak. Setiap sesi, dijadikan se-riang, se-kreatif mungkin dan berbeza dari tadika inshaAllaah.

Doakan kami agar al-Quran terus subur dalam generasi Muslim.

Monday, November 05, 2012

Chef

Bismillaah


Hari Sabtu lepas, Adam jadi 'chef'. Itu yang Hajar dan Maryam panggil Adam. Sangat bangga yer Adam diiktiraf sedemikian rupa, mashaAllaah :)

Apa yang Adam dah buat?

Dia 'siapkan' hidangan roti canai untuk semua orang(roti of course dari kedai yer).Adam carik-carikkan roti canai, bubuh dalam mangkuk(sorang satu), dan letak kuah. Lepas tu, Adam hamparkan alas kat lantai(makan bersila semua yer ala-ala orang kampung). Kemudian, Adam susun semua mangkuk dan cawan atas hamparan. Minta ibu tolong siapkan air dan Adam tuang dalam cawan semua orang. Seronoknya makan macam berpiknik di ruang tamu sendiri alHamdulillaah. Lepas habis makan, Adam tolong kemaskan pulak! MashaAllaah tabarakAllaah.

Inilah training 'Leader in Me' di kalangan syurgawan di rumah ni. Hajar biasanya suka jaga adik Sarah dan ajar adik-adik membaca Iqra' dan buku. Adam suka mengemas dan Maryam suka 'tolong' ibu bila ibu nak lipat kain dan mandikan adik. Bila mereka diberikan kepercayaan melakukan sesuatu, mereka rasa dihargai dan lebih yakin alHamdulillaah.


Sunday, November 04, 2012