Sunday, October 07, 2012

where have we been?

Bismillaah

alHamdulillaah, sepanjang minggu lepas kami merantau(ya, di dalam negara sahaja). Weekend lepas, kami ikut abah ke Hulu Langat ahad-Isnin.Bermalam semalaman kat sana. Syurgawan paling suka jalan-jalan ni. Awal pagi lagi berebut buka pintu nak cari katak.uhuhu..alkisahnya katak menyorok. Kenalah ibu bagi penjelasan logik(yang boleh anak-anak terima) mana katak ni pergi? bila dia nak keluar? kaak tidur lagi ker? katak sembunyi bawah air ker?

Nur Laman Bestari, Hulu Langat
sebelum bertolak balik

Diorang tak puas hati sebab tak nampak katak memandangkan bunyi katak bersahutt-sahutan dengan meriahnya malam sebelum tu.


Hari Isnin, semua tak pegi tadika. Duduk berehat di rumah sambil berkemas-kemas untuk trip ke Utara pulak.

No comments: