Sunday, October 14, 2012

IIUM

Bismillaah

cuaca beberapa hari kebelakangan ni sangat best, mashaAllaah. Pagi ke petang dalam pukul 3 atau 4, cerah. Lepas tu mendung yang disusuli dengan hujan lebat. Sidai kain pagi dah boleh kering menjelang petang, inshaAllaah, dan petang pula boleh menikmati indahnya curahan air hujan. Hadiah dari Allaah Ta'ala, alHamdulillaah.

Mungkin bagi yang memandu, agak kurang senang sebab jalan mungkin sedikit licin dan jalan agak sesak dengan kenderaan yang bergerak perlahan. Bolehlah menikmati suasana petang dalam hujan yang menenangkan sambil memandu berhati-hati walHamdulillaah.

Sarah selesema pulak, mungkin sebab cuaca dan mungkin juga sebab tersedut debu masa ibu bersihkan rumah tempoh hari. Lain kali, ibu kena lebih berhati-hati dengan debu bila Sarah ada berdekatan inshaAllaah. Malam ni, Sarah batuk. Uuhuhu..harapnya Sarah cepat sihat, Ameen. Petang tadi dah telefon cik puan taska di Taman U Jalan Pintar sebab nak hantar Sarah mula minggu depan :( :(  not fun.

Petang tadi jugak kami ikut abah ke UIA sebab abah nak jumpa kawan dan ada discussion sikit. Kami ikut sekali bagi ibu dan anak-anak jalan :) dalam perjalanan, semua syurgawan excited dan sibuk bergurau-senda dalam kereta. Dah sampai UIA, para syurgawan dapat berlari-lari di cafe mahallah Ali Abi Thalib yang luas tu. Maryam sempat terjatuh ketika bermain sebab kakak Hajar tertarik tudung Maryam. Meraung sekejap sebelum abah berjaya pujuk. Lepas tu, semua takut nak lari-lari lagi. diorang duduk diam sekejap jer sebelum resume balik aktiviti berkejar-kejaran. Sarah duduk dalam stroller dan kemudian ibu dukung bila Sarah dah bosan duduk dalam stroller jer. AlHamdulillaah semua ceria dan gembira.

No comments: