Bismillaah
Hari Selasa minggu lepas, semua teruja nak naik utara. Singgah beberapa lokasi.
Sebelum bertolak, singgah di Mines sebab abah nak beli 'switch' untuk digunakan semasa program. Sambil-sambil tunggu abah, syurgawan sempat singgah tempat permainan yang ada rides etc tu. Seronok diorang sekali-sekala layan rides kat situ. Satu ride guna 2 points = RM1.
Tunggu punya tunggu, rupanya switch yang abah nak tu dah sold out. Sebelum ni abah memang dah beli alat tu, tapi ada kawan abah yang berminat jugak.Jadi, abah bagi dan ingatkan boleh cari ganti yang sama. Rerupanya, dah habis dijual dan tak tahu bila stok akan sampai. Sudahnya, abah minta tolong kawan tu hantar balik switch yang lama..ehehehe. Kenalah tunggu di Mines sambil makan tengahari :) walHamdulillaah.
Lepas kawan abah dah bagi alat tu, barulah kami bertolak ke Utara.
Persinggahan pertama: Tanjung Malim. Nak ziarah mak Ina dan baby baru nya Uwais alQarni. Opah pun ada sekali sebab jaga Mak Ina berpantang. MashaAllaah, comel betul baby Uwais. Sejuk mata memandang :)
Alkisahnya, dalam masa sejam dua singgah rumah Mak Ina, syurgawan pergi explore rumah tu bilik ke bilik. Curiosity yang tinggi yer. Dalam pada tu, satu botol perfume dan satu cawan kaca pecah..wooppss!
Alhamdulillaah a'la kulli haal :( Sorry sangat yer Mak Ina dan opah.
Selepas maghrib, kamipun bertolak untuk meneruskan perjalanan ke Parit Buntar sebab keesokan harinya abah akan berprogram di USM Nibong Tebal, Kampus Kejuruteraan.
No comments:
Post a Comment