Monday, October 08, 2012

From Parit Buntar to Penang

Bismillaah

alHamdulillaah, kami sampai hampir tengah malam di Parit Buntar. Syurgawan semua dah terlelap dalam perjalanan. Sampai di Parit Buntar, pusing keliling cari Parit Buntar Inn. Agak tersorok dari bulatan jam bandar tu.

Sampai jer inn tu, abah kena dukung syurgawan satu-persatu masuk ke bilik. Semua dah tak larat nak buka mata. Terus lena sampai ke pagi.

Abah pulak awal-awal lagi dah bertolak ke USM. Hari tu, kami breakfast dan lunch dengan bekalan makanan yang dibawa dari malam sebelumnya. Pelajar menghabiskan masa main belon, melukis, mewarna, dan tengok kartun...Sarah bergolek-golek atas katil sambil perhati orang lain lompat, lari, dan bergelak-ketawa(plus nangis pon ada walHamdulillaah).

MashaAllaah, ceria jer semua

Bila abah balik di petang hari, hooraay! semua excited lagi sebab akan bertolak ke Penang pulak. Malam tu kami semua stay di Penang sampailah hari Sabtu. Untuk hari program yang kedua, abah bertolak dari Penang jer seawal 5 pagi sebab nak buat preparation dan singgah check out di Parit Buntar Inn.

Sebelum sampai rumah tokpak, kami singgah di Giant Bayan Baru dan abah beli ais krim untuk semua. Dah lama betul tak makan ais krim dek kerana semua sensitif asyik batuk dan selesema. Jerebu, cuaca panas sejuk. alHamdulillaah a'la kulli haal. Lepas tu, singgah pasar malam cari mamam. Malam tu, syurgawan buat resepi baru, makan char koay cicah dengan ais krim. sedap jugak :)

No comments: