Thursday, July 26, 2012

Yeay, badminton!

Bismillaah

Telefon berbunyi memecah kesunyian dan ada sms baru masuk. Ada sms daripada kak Saadiah. Tersenyum sendirian ibu bila membacanya. Ibu terus call abah, tapi tak berjawab. Mungkin program pagi ini belum habis lagi, duga ibu.

Bila abah telefon balik, ibu terus sampaikan isi kandungan sms tu :) abah terus setuju, "mesti Adam seronok."

Petang Ramadhan 5, kak Saadiah dan kak Amira yang jemput Hajar, Adam, dan Maryam dari sekolah. Bila sampai rumah jer, masing-masing tinggalkan beg dan meluru keluar balik. Ibu pun tak sempat jumpa sebab sedang layan Sarah dalam bilik. Diorang excited sangat sebab kakak-kakak ajak pi taman untuk main badminton! Impian Adam yang tertangguh lagi :)

Lama diorang keluar sebab lepas main, terus ke bazar Ramadhan. alHamdulillaah, Hajar bertenaga macam tak puasa. Amazing kan kanak-kanak yang tulus suci ni.MashaAllaah.

Balik dari bazar, masing-masing bawak makanan dan air ice blended yang dibeli. Maryam dengan mee hun sup dan air perisa honey dew, Adam dengan mee hun goreng dan air perisa mangga, dan Hajar dengan nasi ayam dan air perisa kopi(alkisahnya, dia nak perisa coklat, tapi takde kot..ehehehe). Rajin betul kakak-kakak melayan kerenah anak-anak ni satu persatu.jazakumullaahu khair :) Allaah saja yang boleh membalasnya.

Kami berbuka puasa ramai-ramai.seronok betul. Maklumlah belum balik kampung lagi Ramadhan ni. Bila berbuka ramai-ramai terasa meriah biarpun makanannya sederhana jer.

credit to kakak Amira


Terima kasih kakak Saadiah dan Amira :) ! Adam tidur dalam senyuman kot :P

No comments: