Bismillaah
Bila anak-anak balik rumah, terasa sangat meriahnya. alHamdulillaah.
Hajar mula-mula tu ok. Tapi, bila Adam usik Hajar jadi sedih dan mengadu sakit perut.pulak....uhuhuhu.
Abah dan ibu kena pujuk Hajar lah supaya bertahan sikitttt jer lagi, dan alHamdulillaah seperti biasa Hajar memang senang untuk bersabar. and yeay! 4th day successfully completed.
Kuih kegemaran Hajar dan Maryam ramdhan ni adalah kuih onde-onde. Diorang suka inti gula kat dalam tu walaupun Hajar tak berapa nak gemar kelapa parut. Dia akan cuba kurangkan sebanyak mungkin kelapa parut tu dan bagi kat ibu atau Maryam. Maryam pula akan habiskan inti dulu dan tepungnya kemudian.
Menu Adam pulak, roti john atau 'burger segi empat' kata Adam. Dia memang berselera sungguh betul makan roti tu.
Ramadhan ni kami makan bersederhana sahaja, pesta ibadah bukannya pesta makan ;)
No comments:
Post a Comment