Bismillaah
Adam: Ibu, Adam nak susu.
Ibu: Adam puasa tak hari ni?
Adam: Memanglah Adam tak puasa pagi, Adam puasa malam jer.
Adam dengan selamba menjawab bila ditanya puasa atau tak sambil berdiri menunggu ibu membancuh susu sebelum pergi ke sekolah hari ini :)
AlHamdulillaah, Hajar bangun sahur lagi pagi ini. Tapi, dia tak makan banyak memandangkan dah makan banyak semalam. Dah jadi kebiasaan Hajar yang dia hanya akan makan banyak(tak banyak pun, cuma lebih sedikit dari kebiasaan :) ) sekali jer dalam masa sehari dua. Harapnya Hajar tetap cergas dan aktif hari ini. Selepas sahur, Hajar tak tidur. Dia berjaga sama dengan ibu. Masa ibu kemaskan beg anak-anak, Hajar minta kebenaran bawa bantal ke sekolah. Tak cukup bantal katanya. Lagipun, bulan puasa ni kena tidur lepas zuhur dan takde belajar extra macam bulan-bulan lain. Jadi, ibu bagi Hajar bawa satu bantal kecil.
Harini, langit mendung dan udara terasa sejuk, segar dan nyaman. Anak-anak semua ke tadika awal memandangkan Hajar dah kejutkan adik-adik untuk bangun mandi dan bersiap awal. semua bangun tanpa banyak kerenah dan mandi dengan gembira. Adam sempat bawa bekal sebelum keluar rumah, macam biasa :)
No comments:
Post a Comment