Saturday, May 19, 2012

Rak buku baru

bismillaah

Hari Sabtu, hari cuti yang ditunggu anak-anak ibu. Balik dari tadika jer semalam, dah beria bagitau ibu dan abah ada cuti 2 hari! :)

Hari ni kami ikut abah pegi cari rak buku. Pegi 2 kedai yang biasa pegi tapi dua2 dah tutup/berpindah. Memang dah lama benar tak pegi kedai perabot, tak perasan pun kedai2 tu dah tutup. Dalam perjalanan balik, abah masuk jer deretan kedai-kedai dan Alhamdulillaah, jumpa satu kedai perabot yang murah dan ada free delivery. Ibu pun tumpang sekaki minta abah belikan ampaian memandangkan yang sedia ada dah nak runtuh :)

Lepas Asar, anak-anak ibu sangat bersemangat membantu menyusun buku-buku abah di rak yang baru :) seronok sangat diorang.

Tuesday, May 08, 2012

Sarat

Bismillaah Bila dah sarat mengandung, kebanyakan malam ibu akan susah untuk tidur. Faktor ketidakselesaan, sukar bernafas, dan pelbagai lagi mempengaruhi tidur si ibu. "wahnan a'la wahnin" memang benar. Kandungan semakin membesar, berat semakin bertambah, tulang belakang dan kaki terpaksa menanggung berat yang bertambah, badan sudah menjadi letih, ditambah lagi masa rehat yang kurang berkualiti disebabkan tidur yang terganggu. Ada juga ibu yang mengalami kegatalan di bahagian perut akibat regangan kulit dan tidak dirawat dengan losyen yang sesuai. Tapi, keadaan tidak boleh tidur malam ini boleh ditukar kepada nikmat. Apabila sudah mudah untuk bangun malam, mudahlah untuk melakukan ibadah di malam hari. Sepi dari anak-anak kecil yang lain dan pelbagai tugasan rumah yang biasanya sudah diselesaikan di siang hari. Qiamullail, tadarus, dan zikir. Kalau ada ibu yang sudah tidak larat bersolat seperti biasa, boleh duduk. Ada keringanan dalam Islam. Lagipun, ini mungkin adalah latihan yang baik memandangkan proses menjaga bayi selepas kelahiran memang tidak dapat dijangka. Indahnya aturan Allaah, mashaAllaah.

Monday, May 07, 2012

Bismillaah


Semalam kami semua pegi ke rumah Mak Ton di PJ. Opah ada di sana disebabkan opah tak sihat, dan Kak Ton nak bawa opah pergi buat full health screening di Hospital Assunta, inshaAllah. Plan awalnya nak balik ke Bidor nak ziarah opah, tapi Mak Ina dah bawa opah pergi PJ. Jadi, kami terus ke PJ.

Sampai PJ, opah dah nampak OK sikit walaupun semalaman tak nyenyak tidur. Moga opah terus sihat macam sedia kala, ameen.

Lepas Zuhur, abah bawa opah (n kami join sekali) ke Cheras untuk menziarahi Opah Long. Opah gembira sebab dapat jumpa dengan kakaknya. Anak-anak suka sebab dapat masuk ke dalam kawasan sekolah dan asrama SM Teknik KL. First time kami sampai ke kawasan ni.


Lepas tu, patah balik ke PJ untuk hantar opah. Opah Long pun ikut sekali sebab TOk Ucu dan famili nak datang menziarah juga ke PJ. Dah sampai PJ, sambil tunggu Tok Ucu sampai, abah bawa anak-anak dan 3 orang anak Mak Ton pergi ke padang permainan. Seronok betul anak-anak ni bermain bersama. Alhamdulillaah, playground lengang dan hanya ada kami. Jadi, anak-anak conquer the whole playground dan dapat main sepuas hati. Adam seronok main bola dengan abang Emil dan abah. Bersungguh-sungguh kejar dan tendang bola sampaikan muka merah padam.

Almost 7pm, kami beransur balik ke Bangi. Anak-anak semua dah letih. Sampai rumah, tertidur terus sampai ke Subuh kecuali Hajar sebab dia sangat tak selesa dan nak mandi. Hajar berjaga sampai lepas Isyak, tunggu ibu masuk tidur.

Saturday, May 05, 2012

Ikut suka hati Ibu

Bismillaah


Hajar: Hajar suka ikut 'suka hati ibu.'

ehehe...rasanya Hajar maksudkan, Hajar lebih suka buat apa yang ibu suka.

Alhamdulillaah, sekarang Hajar dah semakin lancar membaca. Dia rajin berusaha sedikit demi sedikit dengan inisiatif sendiri. Ibu abah tak pernah paksa Hajar belajar di rumah. Biasanya Hajar yang akan keluarkan buku dan penselnya.

Hajar pun dah boleh membaca Iqra' buku 3, baca sedikit jawi, dan mengira(tambah).
Bismillaah

Pagi ni, kami ke Klinik Zalfah Seksyen 4 tu untuk cek luka kat kaki Cik Yam. Anak-anak memang bangun dari awal pagi lagi. Sampai di klinik, Alhamdulillah takde que. Kejap je dah masuk jumpa doktor. Doktor kata tu sebab jangkitan bakteria dan Cik Yam kena ambil antibiotik dan krim sapu untuk mengelakkan luka tu merebak ke tempat lain pula. Dah sampai ke klinik tu, minta sekali doktor tolong tengokkan jari tengah tangan kiri Cik Yam yang tersepit di pintu semalam.

Masa kejadian(ehehe), Abah baru nak keluar solat isyak di surau bila tetiba 3 orang tu menyerbu keluar pintu pakat2 nak join abah. Tengah riuh-rendah tu, Adam tutup pintu dan tersepitlah jari Maryam yang masa tu tengah pegang tepi pintu. Meraung CIk Yam. Abang dan kakak pun pucat jer sebab jadi pesalah secara tak langsung. Ibu terus bubuh jari Cik Yam di celah ice packs untuk elak bengkak dan Alhamdulillaah berkesan. Dah reda sikit CIk Yam nangis, baru bubuh minyak gamat. Ubat favorite Cik Yam, sampaikan bau minyak gamat pun dia rasa wangi.

Jadi, Doktor kata jari Cik Yam tak teruk. Bengkak sikit jer dan kuku dia inshaAllah kuat. Alhamdulillah lega mendengarnya. Cuma dinasihatkan untuk tuam-tuam dengan ais kalau jari tu tambah bengkak.

Lepas balik dari klinik, abah bawa pusing-pusing cari bakeri. Ingat nak cari kek atau bun untuk makan pagi. Tapi, hari Sabtu ni kebanyakan bakeri yang kami biasa pegi tutup. Akhirnya, singgah kat Donut coffee shop dekat dengan ofis abah. Walaupun selalu lalu, ni first time kami singgah. Masing-masing makan donut jer tapi Adam nak spaghetti bolognaise.

Alhamdulillaah, anak-anak happy dan kami pun balik ke rumah. Dah nak dekat Zohor dah pun. Sampai je rumah, Cik Yam minta sapu dan makan ubat. Anak-anak ibu memang suka makan ubat. Bila sakit, seronok pulak diorang nak menelan segala ubat-ubatan yang doktor bagi. Kadang-kadang ibu kena pujuk lagi untuk 'tak' makan ubat, yela kadang-kadang ada ubat yang tak perlu pun.


Thursday, May 03, 2012

Cuti 1 Mei

alhamdulillaah, bebaru ni tokpak,tokmak,cik yana & kiddos, cik santi & daughters, cik mimi,cik shafix, baby hakimi, dan cik Adi datang ke Bangi.

Gembiranya anak-anak ibu sebab rumah jadi meriah dan mereka ada ramai kawan untuk bermain. Malam Sabtu masa orang dari Penang sampai, anak-anak ibu dah masuk tidur sebab dah lewat malam. Hari Ahad, awal2 pagi lagi anak-anak ibu dah bangun excited.

Kami pergi zoo negara beramai-ramai, singgah hentian Kajang, dan malam tersadai keletihan di rumah. Tambahan lagi cik Adi, cik Shafix, Hana dan Dina kena cirit-birit. Tak pasti tersalah makan apa. Alhamdulillaah yang lain sihat wal afiat, xdelah berbaris panjang depan toilet.

Kebelakangan ni cuaca sangat panas. Jadi, tidur malam semua pakat buka kipas to the max speed, buka tingkap dan ikat langsir. Alhamdulillaah a'la kulli haal.

Hari Isnin petang kami pergi KLIA untuk jemput abah yang baru pulang dari Kota Bharu. Tambah meriah!
Malam tu, ada yang pegi ke I-City, Shah Alam. Anak-anak ibu tak ikut kecuali Adam. Dia memang seronok dapat berjalan dengan his boy cousins. Dapat main lasak-lasak.

Biar betul?

bismillaah


"Biar betul?"
Ni Adam nyer latest favorite words. Taktau katne Adam belajar phrase ni, tapi sekarang selalu jer terkeluar dari mulut dia.

Adam ni jenis suka guna perkataan dan bina ayat-ayat baru. Kadang-kadang lucu dan ada yang making him sounds like an adult. Tapi, ada jugak yang merepek. Bab-bab yang merepek ni inshaAllaah ibu dan abah akan cakap dan ajar Adam perlahan-lahan supaya dia faham apa yang elok dan tak elok. Biasanya Adam mudah faham dan akan berhenti dari mengulang-ulang perkataan yang 'merepek.'

Semalam, Alhamdulillaah Adam tidur dengan sangat gembira walaupun pada waktu pagi menangis taknak pergi ke sekolah, dia nak ikut abah ke ofis. Malam semalam abah bawa Adam pegi gunting rambut. Style idaman Adam: macam rambut abah.