alHamdulillaah, serasanya dari kecil lagi anak-anak sudah terbiasa pergi ke masjid. Bermula dari pengalaman di Los Angeles, sampai di Bangi sekarang ni.
Masa di Los Angeles, Hajar baru 2 tahun, Adam setahun, dan Maryam sebagai bayi pun sempat ziarah masjid-masjid di Greater Los Angeles area. Di Masjid Omar ibn Al-Khattab 1025 Exposition Boulevard Los Angeles, CA 90007 lah tempat pertama kami tuju untuk membiasakan diri dengan kawasan setempat. Pertama kali pergi tu, rasa teruja dan terharu betul dapat 'feel at home' sebab dapat lepak dalam masjid. Kanak-kanak pun teruja sempat boleh berlari bebas dalam kawasan yang luas dan cantik. Di masjid itulah jugak abah berkenalan dengan ramai kawan-kawan dari Indonesia, China, Pakistan, dan orang setempat yang begitu ramah dah kukuh ukhuwwah fillah nya. Mereka jadi semacam keluarga di tempat asing, dan anak-anak mereka jadi teman bermain Hajar dan Adam. Bila raya, kami raikan bersama.
Lepas tu, kami selalu ke Islamic center di downtown Los Angeles. Di situ, Hajar dan Adam memang seronok sebab sentiasa meriah dan mereka akan dapat mengikuti playgroup di Sunday school sambil ibu dan abah ambil kesempatan mengikuti program masjid tersebut. Selepas habis program masjid, anak-anak boleh bermain di playground masjid. Masa ramadhan pun kami akan selalu ke situ untuk merasai dan menghidupkan kemeriahan ramadhan yang turut sama disukai anak-anak kecil.
Semasa ramadhan terakhir di Los Angeles, kami pergi ke masjid berbeza hampir setiap hari. Sambil abah mengumpul dana untul projek terjemahan Quran al-Furqan foundation, kami juga mengenali dengan lebih dekat komuniti muslim di sekitar Los Angeles. Ibu dan anak-anak kecul, termasuk baby Maryam pada ketika itu, tidak berasa kekok untuk turut sama berjemaah di masjid. Para ibu dan anak-anak kecil mereka dialu-alukan dan dibantu untuk sama-sama memeriahkan masjid. Ada masjid yang menyediakan bilik khas untuk ibu dan anak, dan ramai juga jemaah yang bawa goodies bag/hadiah kecil untuk anak-anak. Semasa di Los Angeles, kami berpeluang mengikuti solat terawih yang diimamkan oleh Sh Mishary al-Afasy, alHamdulillaah. Walaupun masjidnya agak jauh, dan orang sangat ramai, anak-anak kecil masih tetap selesa dan ada ruang untuk bersama di masjid, mashaAllaah.
Di malaysia, kami sekali sekala akan ke masjid, tapi tidak sekerap semasa di Los Angeles. Memandangkan kanak-kanak kecil tidak begitu diterima di kebanyakan tempat, biarlah Adam dan abah saja yang ke masjid setiap hari. Biarlah mereka ada kenangan yang manis-manis saja daripada masjid buat masa ini.
Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi |
No comments:
Post a Comment