Ahad lepas, kami pegi reunion alma mater ibu di Restoran Hyderabad Bangi(asalnya situ MFC tapi dah bertukar! macam Gaban). alHamdulillaah seronoknyer.
Lepas tu, kami ikut abah pegi Armanee di Damansara. Abah pegi meeting, kami pegi jengah kolam. Kebetulan masa anak-anak dah excited terjun kolam, langit pun dah sarat mendung dan .... hujan!
Kat situ tak boleh mandi kolam kalau hujan, ada pak guardS ronda kawasan suruh semua kanak-kanak riang naik.LOL. Hujan tu main ba-ba-chak. Kejap jer turun lebat, lepas tu reda walaupun langit masih kelam. Kami pun tunggu peluang bawah pondok. Hujan reda jer sikit, terus Adam lompat masuk kolam! Luas area kolam situ. ada banyak choices. kolam orang dewasa yang dalam ada berasingan. Jadi, kolam kanak-kanak yang cetek tu anak-anak ibu conquer. Sarah pun join sekali yer.
Beberapa minit jer sempat main air sebelum hujan turun balik dengan lebatnya. Gave up sebab sejuk, anak-anak dan TokPak pun salin pakaian dan naik atas untuk berehat dan makan sambil tunggu abah. Lepas Asar, hujan dah berenti. Abah dan kawan2 pun nak turun bawah meeting tepi kolam. Haha, anak-anak pun ambil kesempatan mandi 2nd round. Kali ni memang puas lah diorang mandi kolam sampai bibir pun biru kesejukan, tapi masa nak suruh naik tu, liat jer semua orang. Sarah siap protes jerit-jerit tak mau. Nasib baik boleh alihkan perhatian dia dengan shower di tepi kolam untuk basuh badan tu, alHamdulillaah.
Lepas daripada Armanee (lepas solat maghrib), kami singgah Ampang Point pulak jalan-jalan makan sekali sebelum balik rumah.
Happy alHamdulillaah.
No comments:
Post a Comment