alHamdulillaah
Last weekend was spent at Le Grandeur resort, Senai Johor Bharu! Syurgawan spent hours and hours in the kiddy wading pool and in the bathtub(in our room).
Not so many people were in the pool area as most of the resort's guests were either there for conference(or the like) or for Legoland and JPO(Johore Premium outlets). these attraction places are just few minutes away from the resort.
---karangan/essay style LOL
Bismillaah
alHamdulillaah, harini kami di Le Grandeur Palm Resort,
Johor Bharu. Abah ada program di sini, jadi kami pun ikut sekali. Kami sampai
semalam selepas perjalanan lebih kurang 4 jam dari Bangi. Sebelum ke hotel ni,
kami singgah di Masjid dekat lapangan terbang Senai tu. MashaAllaah, cantik
sangat masjid tu tapi agak lengang(jauh dari penempatan orang kot?)
lepas tu barulah kami checked in, angkut barang masuk bilik,
dan keluar untuk makan malam. Kami ke pekan Senai dan makan di restoran
D’Ambang. Simple jer restorannya tapi makan sedap dan murah. Bubur nasi dia
special dengan kangkung belacan, kacang goreng, lobak kering, dan ikan bilis
pedas. Yang lain order sup daging, nasi pataya, ayam penyet, jus epal+susu, jus
durian belanda, air sirap bandung, air sirap bandung soda, air teh halia dan
air suam. Semua sekali hanya RM34.(3 dewasa dan 3 kanak-kanak.sarah tak
termasuk la). alHamdulillaah, lepas makan dan hantar pakcik Ariff, kami pun
balik bilik dan zzzzzz.
Pagi tadi syurgawan pakat bangun awal. Seronok betul depa pi
main air dalam bilik air. Dah memang bath tub la yang akan jadi tumpuan. Lepas
tu, bersiap sebab diorang nak jalan-jalan sekitar kawasan hotel. Ibu memang
larat bawa jalan-jalan sekitar sini jer sebab abah tengah keje kan. Keluar jer,
tuju kolam kat tengah-tengah tu. Memang seronok sebab kolam kanak-kanak besar
dan takde orang! Matahari pun dah naik, jadi tak sejuk sangat la kalau berendam
lama pun. Sedar tak sedar, hamper 2 jam jugak syurgawan berenang-renang main
air sesama diorang sambil ibu dan Sarah tunggu tepi kolam. Sambil-sambil tu,
ibu tolak Sarah keliling kolam jer sebab nak kena jaga jugak yang duk ralit
dalam kolam tu. Last2, Sarah tertidur bila dah letih. alHamdulillaah angin
bertiup sepoi-sepoi bahasa bagi Sarah lena lagi.
Lepas agak-agak dah lama sangat tunggu tu, ibu ajak diorang
naik biarpun diorang nak jugak berendam lagi haha! Kenala pujuk, jenuh tunggu
berjam2. Lepas salin baju, ingat nak bawak pegi makan, sangkut pulak kat kids
playground. Seronok diorang main like they own the place. Adam siap pujuk nak
main ping pong. Layan kan je lah.
Dah seronok main tu, barulah beransur ke restoran. "Lapar
sangat-sangat ni," bak kata Adam. Memang berselera lah syurgawan makan tengahari
tadi. Lepas makan, ibu ajak balik bilik nak bagi diorang rehat dulu. Tupun
awal2 diorang kata nak jalan lagi, tak nak tido. Tapi dah sampai bilik, tak
sampai 5 minit diorang dah lelap. Memang letih sangat la tu :)
No comments:
Post a Comment