Bismillaah
Adam: dah 12 markah!
Ibu: Yea, ibu dah dapat 12 markah! (excited sebab dah dekat nak '20'. Adam letak syarat kena main baling bola sampai dapat 20 markah..uhuk)
Adam: Eh, taklah. 12 tu, 1 markah ibu, 2 markah Adam. 1 dan 2, jadilah 12.(dengan yakinnya)
Ibu: erks?
ahaha...kreatif saja anak ibu seorang ni, mashaAllaah. Sekarang dia sangat suka bermain bola:bola getah tu, main baling-baling bola. Kawan bermain adalah ibu, ibu tak boleh bagi alasan taknak main.
Sambil baling-baling bola tu, Adam akan mengira markah. Ibu ikut jer apa kata Adam sebab ibu taktau macam mana skema pemarkahan Adam LOL. Takper, yang penting Adam seronok dengan menghabiskan masa bersama ibu :)
Semalam, Adam tak dapat main bola sebab hujan dan Adam ikut abah ke ofis sambil menunggu kakak Hajar balik daripada sekolah. Petang sebelum tu, pun tak dapat main bola sebab hujan lebat dan ibu bagi Adam dan Maryam mandi hujan selepas pulang dari tadika. Mereka berdua sangat gembira mandi hujan sambil menyanyi-nyanyi di halaman rumah. Rahmat Allaah, kegembiraan buat syurgawan, mashaAllaah tabarkallaah :)
No comments:
Post a Comment