Bismillaah
syurgawan x sabar-sabar nak tunggu hari Khamis sebab bermula esok sepupu-sepupu dah mula cuti sekolah. Diorang semua nak berkampung dan bermain bersama. Apa yang menariknya, semua anak-anak ni berpuasa penuh Ramadhan kali ini(with the exception of Maryam and Adam and the younger ones lah kan). Masa berbuka rasa macam berbuka di asrama. Meriah sungguh bila diorang ramai-ramai baca doa dan makan berhidang. InshaAllaah harapnya tahun depan boleh upgrade dengan iftar diikuti solat berjemaah pula, ameen.
Hari ini Hajar puasa lagi, alHamdulillaah. Jerebu pun dah semakin berkurang sebab pagi tadi ada hujan renyai-renyai. Cuaca jadi sejuk dan nyaman. Hajar pun memang bersemangat berpuasa bersama-sama sepupu-sepupu.
Sangat mendebarkan bila Ramadhan hanya tinggal sikit sahaja lagi berbaki. Adakah kita hanya membazir waktu sama seperti Ramadhan yang lalu, atau kita sudah cukup re-charge iman dan taqwa untuk terus kuat dan berstamina tinggi sementara menanti Ramadhan 1434(kalau dipanjangkan umur inshaAllaah).
Syurgawan juga gembira sebab hari ni dapat kasut raya. Ya, kasut pasar malam sajer, bersederhana sambil menginsafi rakan-rakan lain yang kurang bernasib baik.
No comments:
Post a Comment