Wednesday, February 26, 2014

bismillaah


AlHamdulillaah,
syukur anak-anak sihat hari ini
syukur ada suara riuh rendah
bermain, bergaduh, ketawa, menangis

walau kadang sabar teruji
kepala pusing,
penat dan pening
tiada apa berbanding nikmat anak-anak ini
mereka normal, sihat, gembira
comel dan ceria
alHamdulillaah

Tuesday, February 25, 2014

Ambil gambar

Bismillaah

Masa hari penerangan tadika, ada persembahan anak-anak taska. Diorang menyanyi nasyid. Masa semua anak-anak dah beratur atas pentas, tiba-tiba hampir kesemua ibu bapa berbondong-bondong berdiri dan ke hadapan pentas. Cemas seketika....

Ingatkan ada apa-apa yang berlaku, rupa-rupanya masing-masing keluarkan segala macam handphone dari screen kecil sampai yang besar untuk ambil gambar anak masing-masing. Persembahan dimulakan lewat beberapa minit kemudian, setelah ibu bapa selesai dan berpuas hati dengan gambar yang diambil. kelihatan anak-anak tersenyum gembira dan ada yang melambai-lambai tangan pada ibu bapa mereka. Tidak kurang juga yang tersipu-sipu malu di atas pentas.

Kami rasa agak canggung sebab duduk sahaja di kerusi melihat suasana sekeliling. Tidak ada kamera atau telefon yang dikeluarkan untuk merakamkan Maryam di atas pentas. Cuma abah teruja melihat deretan ibu bapa dengan kamera telefon masing-masing lalu mengambil gambar pemandangan itu, untuk renungan kami.
Semasa anak-anak mula bernyanyi, ramai yang sudah sibuk dengan anak-anak kecil yang dibawa bersama, berbual dengan rakan di sebelah, atau melayan diri dengan jamuan enak yang dihidang di belakang dewan. Hanya segelintir yang menghayati nasyid mengenai Nabi Nuh.

Nabi Nuh, nabi Allah
Ratusan tahun usianya
Berdakwah tak pernah lelah
Walau sedikit pengikutnya

Sampai satu saat tiba,
Banjir di mana-mana
Tenggelam semua yang ada

Nabi Nuh dan pengikutnya
semua naik bahtera
selamat dari bahaya
Kerana iman pada yang kuasa

Ada pengajaran dari sejarah manusia di situ. Ketabahan, kesabaran, dan keimanan tinggi para anbiya'. Usia ratusan tahun disibukkan dengan ibadah. Panjang usianya dalam keberkatan. Hanya iman yang boleh selamatkan manusia di dunia dan akhirat.

Hmmm...lalu, apa gunanya gambar ratusan keping dalam memori telefon bimbit kalau itu hanya memori kaku. Kita lebih disibukkan untuk cepat-cepat merakam pengalaman itu secara instant ke dalam memori kamera telefon sehingga kadang-kadang terlepas dari menghayati sesuatu pengalaman itu secara real time and live. menghargai dan menghayati dengan perasaan, menatap wajah anak-anak lebih berbanding menatap kamera dan telefon.
Kalau ada masa, barulah ada yang akan ambil masa tengok balik gambar-gambar tu. kalau tidak, terus diam dan tersimpan lah memori itu tanpa interaksi dengan hati dan perasaan kita sendiri.

Monday, February 24, 2014

Hari Penerangan

Bismillaah


alHamdulillaah, semalam kami menghadiri hari penerangan tadika Maryam. Ada ramai ibu bapa yang datang, lebih ramai dari tahun lalu.

Maryam dan kawan-kawan buat persembahan nasyid Nabi Nuh. Semangat dan ceria semua anak-anak. Ditambah lagi, di belakang dewan disediakan jamuan untuk para tetamu yang hadir. Memang suka betul pulut kuning dan ayam kuzi Ummi Sarah. Sedap.

abah pulak jadi penceramah jemputan pada majlis tu dengan tajuk Stamina Ibu Bapa A+.
Cita-cita memang nak maintain A+, tapi masih banyak lagi usaha penambah baikan perlu dilakukan ke arah itu, insyaAllaah.

Thursday, February 20, 2014

Spiritual Vs Materialism

Bismillaah


what is better than spending the weekend with Program Ibrah Surah al-Kahf? masyaAllaah.
(enjoying my time with syurgawan was also on top of the list, but gotta get the 'ilm whenever given the chance, insyaAllah)

involved serious thinking and digesting with all the heavy stuffs discussed in the seminar. alhamdulillaah, very informative and encouraged me to read and study the surah more as we are living in an era where we are battling Gahzwatul fikr(thinking war?) on a daily basis.

# This religion is built on knowledge: Put efforts in seeking knowledge AND GUARD it.

# Both life and death are trials: how do they make the best out of you?

# ask RAHMAT from Allaah azzawajal, only HIM alone can bestow rahmat on us. Ashabul kahfi found peace in the cave because of Allaah's rahmah. The same with prophet Ibrahim whilst he was thrown into the blazing fire, and prophet Yunus inside the fish.


# don't rely the religion on wonders only : iaitu bila iman hanya bertambah jika lihat benda pelik seperti kalimah Allaah di awan, ikan, dan sebagainya. Semua ciptaan Allah sepatutnya mengingatkan kita pada Allaah, bukan hanya perkara ajaib dan pelik sahaja. Dajjal nanti akan melakukan banyak perkara ajaib termasuk menghidupkan yang mati, adakah kita mahu terpedaya?




Thursday, February 13, 2014

#ProtectThisHouse continued

Bismillaah


alHamdulillaah, with the mercy of Allaah azzawajall, ibu was able to attend the AlMaghrib class: Protect This House. I was very grateful to Allaah for the opportunity and the knowledge gained from this class. MashaAllaah, the knowledge learnt was priceless and crucial to be applied in our daily lives as a Muslim family. Ya Allaah, make this knowledge beneficial for us and guide us in teaching and applying it in our lives.Ameen.

#Acknowledge human nature/temptations such as music, opposite gender attractions etc. Don't deny them. Instead, refer and guide our children to the best actions of the prophets in dealing with such temptations. For example, Prophet Yusuf a.s with his fear of Allah when facing seductions from a woman: look away.

#Purification is when a person has the opportunity and ability of sinning, but s/he refrains himself/herself from it in consciousness of Allah.

# Raise a generation better than us: strong relationship of trust between children-parents must be there for a stabil and strong child.

# Present our children with our presence: "absent" father/parents was not heard of in the time of rasulullaah pbuh. In our time, the mothers are now 'the village':having to raise the children themselves without the help of the society. That is why fathers are very much needed to achieve a dynamic parenting and family.

#Successful parents focus on TARBIYYAH(educating), not ta'lim(teaching)
Parents should be the Murabbi(educator) who raise the murabba.

# Manage expectations

# Prepare the children, invest $$ on them

# teach the children to be independent: Independence is essential

# Be very careful with whom our children befriended: 'bad' kids are very well used to all the 'fun' and munkar, however, our children are not. Our children are more tempted to do and try all the new, unfamiliar munkar things and get attached to the munkar.

# ANYTHING that you(parents) like, the children LIKE it MORE

# Remind our children that parents only want the best for their children

# STRESS effects children negatively

Wednesday, February 12, 2014

Protect This House

Bismillaah

Alhamdulillaah, hujung minggu lepas ibu berkesempatan hadir ke kelas 'Protect This House' yang mengupas hadeeth daripada buku Adab al-Mufrad susunan Imam Bukhari, diajar oleh Sh Abu Eesa Niamatullaah, salah seorang 'cikgu' AlMaghrib Institute.

Jadi, ibu nak simpan di sini nota-nota ringkas daripada kelas tersebut. Semuanya dalam susunan kata ibu sendiri, mungkin tepat dengan maksud Sh Abu Eesa, mungkin juga tidak. Kena cek balik ya sebelum ambil bulat-bulat.

# Expose children to the nature: different climates, extreme weathers, forest, outdoor
# Delayed gratification: Muslims live on this. We believe that our rewards will be in the hereafter.

(ok, Sarah is here, pulling my hands off the laptop, so I gave in :)

Thursday, February 06, 2014

sakit

bismillaah


Sarah tak sihat, ibu pun sakit. Laptop pun retak menanti berderai.

itulah ujian-ujian dalam beberapa hari ini.