Thursday, July 25, 2013

nisfu, half

bismillaah

assalamualaikum wa rahmatullaah

sahabat dan saudara, ramadhan kareem.

lama dah kami tak post updates di blog. syoknya Ramadhan kan, sampai benda-benda lain tolak tepi, alHAmdulillaah!

tahun ni my smart princess, kakak Hajar puasa tak tinggal lagi, mashaAllah wal hamdulillaah. Dari day 1 sampai semalam, bangun sahur setiap pagi. Hari pertama tu memanglah balik sekolah merengek lapar, dahaga,dan letih. Tulah kali pertama berpuasa semenjak masuk darjah 1. Memang letih sebab dari pagi ke petang sekolah. Pagi dah ke taska, lepas tu sambung sekolah kebangsaan. Walaupun balik awal masa bulan Ramadhan ni, jam 530 petang, tapi memang mencabar bagi Hajar. a'la kulli haal, Hajar Berjaya menempuhnya Alhamdulillah. Ibu tak paksa Hajar puasa, tapi bila dia merengek nak makan minum, ibu pujuk dengan menerangkan penghayatan lapar dan dahaga tu untuk merasai apa yang orang susah rasa. Allah suka orang yang berpuasa, dan Hajar tolong ibu abah untuk dapat ganjaran dari Allah. Lepas tu, mandikan dia dan bagi apa-apa aktiviti yang boleh buat dia lupa sekejap. biasanya borak dengan ibu atau Hajar buat kerja-kerja seni dia:melukis, buat kereta lembu, buat kad raya, etc. Memandangkan Hajar pun dah 7 tahun, dia dah kena solat 5 waktu. Jadi, walaupun dia kata letih dan tak larat, kami pastikan Hajar solat dulu sebelum tidur.


Adam, our brave boy. Day 1, dia merajuk sebab ibu tak kejut 'kuat-kuat' untuk bangun sahur. malam sebelumnya memang dia bersemangat dan bersahur, tapi bila kami kejutkan dia takmo bangun. Bila dah pagi dan kejut untuk ke tadika, perkataan pertama Adam sebut,"kenapa tak kejut Adam sahur?" dengan nada yang sangat kecewa. Kesian jugak tengok dia dan terpaksalah memujuk beberapa minit. Pagi tu, Adam sarapan sebelum ke tadika. Bila jemput waktu petang, muka tak larat dan bibir kering. Rupanya dia 'puasa' sepanjang berada di taska. sampai rumah jer, terus makan dan minum. Day 2, cepat jer bangun bila dikejutkan sahur, alHamdulillaah, sampailah semalam. Dari Day 2 sampai semalam, Adam puasa penuh. Kekadang tu, sahur dengan mata tertutup lagi. Boleh juga habis makan dan minum. Menu kegemaran Adam masa bersahur ialah cocoa crunch dan untuk berbuka ialah 'burger segiempat' nya(roti john).

Maryam, our bright princess, masih belum berpuasa. cuma dua hari kebelakangan ni, dia join sahur. masa siang hari  tu, selalu jugak dia ajak kakak abang makan dan minum sama. alHamdulillaah diorang tak tergoda.hehehe.

Our baby Sarah, sekarang dah laju berjalan dan membebel2. Dah tahu sign language sikit2 bila nak menyusu dan gigi atas dan bawah tumbuh lagi, alHamdulillaah!

ramadhan kami juadah nya biasa-biasa saja. banyak hari jugak sekadar makan masakan rumah dan tak singgah bazar ramadhan. Air pun dah tak beli air bazar dah. cukup apa yang disediakan di rumah. lagi sihat dan jimat kan, insyaAllaah.kuih jer beli sikit untuk anak-anak. menu lebih kurang jer. kuih karipap, onde-onde, dan roti john beli kat bazar, seringgit dua setiap satu.kadang-kadang tu dapat bubur lambuk dari surau, Alhamdulillah.

No comments: