bismillaah
alHamdulillaah, Khamis lepas tadika Adam dan Maryam buat hari peristiwa:nuzul Qur'an. Ada banyak aktiviti yang diadakan untuk mendidik anak-anak mengenai pengertian nuzul Qur'an.
Awal pagi lagi, Adam beria kata,"Harini Adam nak dapat 2 hadiah!" Yakin betul dia sedangkan ibu tak pasti macamana Adam nak dapatkan 2 hadiah sebab sebelum-sebelum ni dia hanya dapat satu 'goodies bag' bila ada sambutan hari peristiwa di sekolah. Adam pun takde cakap macamana dia nak dapat 2 hadiah tu. Yang ibu tahu, akan ada pertandingan azan terbaik. Jadi, pagi tu dalam perjalanan ke tadika, ibu minta Adam praktis azan.
Sebelah petang, kami lambat sikit jemput anak-anak dari tadika. Lewat dalam setengah jam. semua dah menunggu di taska sekali dengan kakak Hajar dan adik Sarah. Tengah main di halaman taska dengan seronok sebab ada banyak bouncy rides dan slides. Guess what, Adam dengan cerianya tunjuk 2 hadiah yang dia dapat, masyaAllaah wal Hamdulillaah. Dia berjaya dapat azan terbaik dan mewarna. Hmm..bila Adam jelas apa yang dia nak, berusaha, dan Allah permudahkan. alHamdulillaah. Hadiahnya belon bentuk tukul dan fail Angry Bird.
****
Adam batuk-batuk, jadi kena makan ubat. Sambil tunggu ibu siapkan ubat Adam, dia baca label pada kotak ubat batuk cap Ibu dan Anak yang diletakkan atas meja.
Adam: Ibu..anak..eh, ibu dan anak jer? Ayahnye mane?
LOL
No comments:
Post a Comment