Saturday, April 13, 2013

wacana

bismillaah


hari ini kami ke UKM untuk tumpang sekaki program Wacana Secangkir Teh, Pengubat Letih yang mana penceramah adalah Ustaz Hasrizal. Program sejarah Turki lah lebih kurang nya.

semua pergi, abah,ibu, dan para syurgawan yang memang teruja setiap kali pergi ke 'ceramah.'

sebelum ni memang tak berapa ambil tahu pasal Turki sebab Kamal Attartuk dan sekularisme yang diamalkan di Turki. Hanya sejak akhir-akhir ini bila Recep Tayyed Erdogan jadi perdana menteri dan reformasi Turki yang berlaku, barulah Turki menarik minat, sebab Islam 'berjaya' di sana. Ditambah lagi dengan Ustaz Hasrizal yang suka menulis tentang pengalamannya. walaupun belum baca lagi buku ustaz yang Secangkir Teh, Pengubat Letih, tu, tapi tertarik hati untuk mendengar wacana kali ini memandangkan penceramahnya pun baru balik dari 'lawatan sambil belajar' ke Turki baru-baru ini. Ada isu-isu yang segar dari Turki.

alkisahnya, memang menarik alHamdulillaah! sejarah yang diceritakan dengan cara yang menyedarkan bahawa sejarah bukan sesuatu yang membosankan dan tidak perlu di-dramatik-kan pun. Terlalu dramatik akan jadi 'exaggeration' yang boleh mencacatkan kebenaran yang perlu ada.

syurgawan? memang gembira beraktiviti di luar dewan: lari-lari,minum air,makan kuih, etc. Ibu dan Sarah jer masuk dewan(yang lain-lain sekejap-sekejap jer).

alHamdulillaah, program yang sepatutnya 4 jam jer tu jadik 5 jam. ehehe ilmu memang menarik dan kalau boleh nak tambah masa lagi kan.

No comments: