Thursday, April 04, 2013

Gone with the virus

Bismillaah


alHamdulillaah ala kulli haal,
"Ibu, Hajar kena bawa gambar famili harini. Ada projek Bahasa Inggeris, macam ni," sambil menunjuk satu halaman di dalam buku teks.

Owh, kena bawak gambar, kertas warna, gam, gunting, dan benang, dan penyangkut pakaian juga. Nak gantung gambar-gambar tu nanti. Zaman sekarang ni bukan subjek seni jer ada aktiviti macam ni, macam semua subjek ada. Hampir setiap hari kena bawa kertas warna dan alatan lain ke sekolah. good? bad? what do you think?

Lepas tu, kalutlah nak print gambar memandangkan sekarang kita dah tak print gambar dan simpan hardcopy sangat kan. NAk print kat rumah tak dapat sebab abah bawa laptop sekali awal-awal pagi. JAdi, cadangnya nak print di printing shop kat fakulti. Semangat.

Dah sampai fakulti, terus ke printing shop tu.  Boleh print dan fotostat kat situ. Pegilah kat PC yang ada label "untuk print color sahaja." Duduk, plugged in USB, dan try bukak gambar yang dah disimpan awal tadi(di rumah). Walla! tak nampak satu fail pun dalam USB tu kecuali folder "RECYCLER".virus infection, walHamdulillaah a'la kulli haal. To make it worse, ibu cuba pulak satu lagi USB drive yang memang ibu simpan banyak dokumen dalam tu, dan yang tu pun kena jugak.(sebab awal tu ingatkan USB yang rosak.Lepas yang kedua pun jadi macam tu, barulah perasan yang dah kena virus..erks!).

Hajar kecewa sebab tak dapat print gambar :(

alHAmdulillaah, sampai rumah dapat recover semua files ikut instructions yang di-googled.

p/s: balik dari sekolah, Hajar bagitahu, "tak jadi buat harini Ibu. Buat esok gambar-gambar tu."
*_*

No comments: