Tuesday, April 30, 2013

Pilhan ...

bismillaah


alHamdulillaah Sarah dah sihat sepenuhnya, sirna sudah semua sakit mata, selesema, demam, dan batuk. Dan giginya yang 2 batang kat gusi atas(gigi depan) sedang tumbuh perlahan-lahan.

Abah, Adam, Maryam, dan Hajar pula sedang pulih perlahan-lahan daripada sakit mata yang ganas itu. Mata depa dah tak bengkak dah, alHamdulillaah, merah pun dah hampir hilang. Tapi, masih lagi nampak sembab dan agak sepet(lebih sepet daripada mata sepet yang sedia ada.hehe). Semoga semua cepat sembuh dan sihat sepenuhnya seperti sedia kala.

Sarah dah masuk minggu ketiga tak pergi taska..horey horey! (maknanya ibu dah tinggalkan kerja lab masuk 3 minggu jugak yer..huwa huwa!)

Maryam dan Adam dah masuk minggu kedua tak ke tadika. Adam dah nampak sangat bosan tak dapat ke tadika, tapi kemaslahatan kawan-kawan di tadika lebih utama. Lebih baik dah sembuh betul baru pergi tadika supaya tak berjangkit dan merebak. Kasihan anak-anak tu. Maryam ok jer duduk rumah, alHamdulillaah.

Hajar pula dah mula ke sekolah minggu ini. Matanya pun dah tak merah walaupun masih nampak 'sembab.' Tak mau dia rasa ketinggalan sangat dalam kelas. Tapi, Hajar pergi sekolah petang jer, KAFA sebelah pagi tak pegi.

Abah pula tetap bekerja seperti biasa, gigih tanpa rehat, mashaAllaah. (How I want to be just like him, ameen)

Ok, sekarang kena demam lain pulak, Demam Pilihanraya, Semoga yang terbaik menang untuk memimpin kami rakyat marhaen, Ameen.

Tuesday, April 23, 2013

bila mata....

bismillaah


alHamdulillah a'la kulli haal, masuk hari ni dah hari ke-7 bekalan air ke rumah terputus. Ada masanya, bekalan air ada dengan tekanan rendah sehingga tak dapat masuk dan isi semula tangki air rumah di tingkat atas. Air kena tadah dari sinki dapur dan angkut ke bilik air untuk kegunaan harian. Basuh kain tak dapat sebab air tak cukup. Hujung minggu lepas, kami pegi ofis abah untuk mandi sebab air dah takde langsung.uhuhuhu....kain hantar ke dobi,itupun satu beg jer yang kebanyakannya baju sekolah syurgawan. Yang tinggal kat rumah masih baaanyakkk lagi. Allaahu yusahhil, ya Allaah permudahkanlah, ameen.


Hari ni juga dah masuk minggu ke-2 ibu duduk rumah. Minggu lepas Sarah kena sakit mata, batuk, demam, dan selesema. alHamdulillaah mata Sarah dah beransur pulih. Tapi demam, batuk, dan selesema masih ada lagi. Tapi, Hajar dan Adam pula terjangkit sakit mata. Mata Hajar paling teruk sampaikan dapat MC 3 hari. Tengok keadaan harini, rasanya Rabu pun tak pulih lagi mata Hajar tu.  Kena kedua-dua belah mata. Kalau Adam, bengkak dan merah sebelah kanan je.

alkisahnye, susah betul nak bubuh ubat mata titik kat mata para syurgawan ni. Kena bergelut dulu baru diorang bukak mata, tu pun sikit jer. Ubat kekadang sangkut kat bulu mata jer.uhuhu..

Maryam pula, alHamdulillaah sihat walafiat.

Doakan kami semua cepat sembuh dan sihat ya :)

Wednesday, April 17, 2013

visitors

bismillaah

these past few days, Sarah and Ibu stayed at home. Fever, cough, flu, 'teething', and conjunctivitis (right eye only) decided to visit Sarah all at the same time, walHamdulillaah a'la kulli haal. My little Sarah was a bit cranky, but still maintain her good and easy attitude, adorable mashaAllaah.

she has shown off her latest acquired skills: threw a flying kiss, and salam+cium tangan ibu and abah. how sweet was that?

her tooth was slowly showing up on the middle, upper gum. looks painful ya as the gum was slightly swollen and reddish.may Allaah make it easy on her, ameen.


Saturday, April 13, 2013

wacana

bismillaah


hari ini kami ke UKM untuk tumpang sekaki program Wacana Secangkir Teh, Pengubat Letih yang mana penceramah adalah Ustaz Hasrizal. Program sejarah Turki lah lebih kurang nya.

semua pergi, abah,ibu, dan para syurgawan yang memang teruja setiap kali pergi ke 'ceramah.'

sebelum ni memang tak berapa ambil tahu pasal Turki sebab Kamal Attartuk dan sekularisme yang diamalkan di Turki. Hanya sejak akhir-akhir ini bila Recep Tayyed Erdogan jadi perdana menteri dan reformasi Turki yang berlaku, barulah Turki menarik minat, sebab Islam 'berjaya' di sana. Ditambah lagi dengan Ustaz Hasrizal yang suka menulis tentang pengalamannya. walaupun belum baca lagi buku ustaz yang Secangkir Teh, Pengubat Letih, tu, tapi tertarik hati untuk mendengar wacana kali ini memandangkan penceramahnya pun baru balik dari 'lawatan sambil belajar' ke Turki baru-baru ini. Ada isu-isu yang segar dari Turki.

alkisahnya, memang menarik alHamdulillaah! sejarah yang diceritakan dengan cara yang menyedarkan bahawa sejarah bukan sesuatu yang membosankan dan tidak perlu di-dramatik-kan pun. Terlalu dramatik akan jadi 'exaggeration' yang boleh mencacatkan kebenaran yang perlu ada.

syurgawan? memang gembira beraktiviti di luar dewan: lari-lari,minum air,makan kuih, etc. Ibu dan Sarah jer masuk dewan(yang lain-lain sekejap-sekejap jer).

alHamdulillaah, program yang sepatutnya 4 jam jer tu jadik 5 jam. ehehe ilmu memang menarik dan kalau boleh nak tambah masa lagi kan.

Monday, April 08, 2013

The New Dawn

bismillaah


semalam para syurgawan tinggal dengan abah dan Sarah menumpang teduh di taska(sedih~). Ibu pergi mana?

alHamdulillaah, ibu dapat kesempatan pegi kelas alMaghrib di Taylor's Lakeside campus di Sunway. Kelas sehari tu nak belajar pasai FiqH of Tawbah: The New Dawn. alHamdulillaah thumma alHAmdulillaah.

Ramai kita ni ingat taubat bila dah nak mati jer kan. uhuhuhu...padahal rugi banyak dah kita ni kalau tak bertaubat banyak-banyak kali. Apa taknya, Allaah bukan sahaja ampunkan dosa-dosa kita tu, malah akan ditukar jadi amal baik pulak. 'top-up' over 'top-up'. haish, alangkah bestnya!

hujan, harta, anak, bahagia, ampunan, redha Allaah, cinta Allaah - semua ni boleh dapat dengan taubat. mashaAllaah tabarakAllaah. Allah has made everything so very easy for us that we dont have even a tiny bit reason to lose hope on HIM.

Thursday, April 04, 2013

Gone with the virus

Bismillaah


alHamdulillaah ala kulli haal,
"Ibu, Hajar kena bawa gambar famili harini. Ada projek Bahasa Inggeris, macam ni," sambil menunjuk satu halaman di dalam buku teks.

Owh, kena bawak gambar, kertas warna, gam, gunting, dan benang, dan penyangkut pakaian juga. Nak gantung gambar-gambar tu nanti. Zaman sekarang ni bukan subjek seni jer ada aktiviti macam ni, macam semua subjek ada. Hampir setiap hari kena bawa kertas warna dan alatan lain ke sekolah. good? bad? what do you think?

Lepas tu, kalutlah nak print gambar memandangkan sekarang kita dah tak print gambar dan simpan hardcopy sangat kan. NAk print kat rumah tak dapat sebab abah bawa laptop sekali awal-awal pagi. JAdi, cadangnya nak print di printing shop kat fakulti. Semangat.

Dah sampai fakulti, terus ke printing shop tu.  Boleh print dan fotostat kat situ. Pegilah kat PC yang ada label "untuk print color sahaja." Duduk, plugged in USB, dan try bukak gambar yang dah disimpan awal tadi(di rumah). Walla! tak nampak satu fail pun dalam USB tu kecuali folder "RECYCLER".virus infection, walHamdulillaah a'la kulli haal. To make it worse, ibu cuba pulak satu lagi USB drive yang memang ibu simpan banyak dokumen dalam tu, dan yang tu pun kena jugak.(sebab awal tu ingatkan USB yang rosak.Lepas yang kedua pun jadi macam tu, barulah perasan yang dah kena virus..erks!).

Hajar kecewa sebab tak dapat print gambar :(

alHAmdulillaah, sampai rumah dapat recover semua files ikut instructions yang di-googled.

p/s: balik dari sekolah, Hajar bagitahu, "tak jadi buat harini Ibu. Buat esok gambar-gambar tu."
*_*

Monday, April 01, 2013

le grandeur

Here we are!

Main air
Tired of waiting
Earth Day

Indoor playground

Peek-a-boo
Caught a green gator!

row,row,row your boat




going to the dinner