Saturday, January 19, 2013

new routine

bismillaah


rutin baru tahun baru 2013 ni ialah basuh kasut! dah berbelas tahun tinggalkan aktiviti yang satu ni - kali terakhir adalah semasa darjah 6. Lepas tu, masuk sekolah asrama dan guna kasut hitam (orang tak basuh kot kasut hitam? - boleh guna yang leather/bukan kain).

Tahun ni, Hajar dah masuk darjah 1. Kenalah guna kasut sekolah warna putih, and yes, kanak-kanak memang lasak dan tak kisah kasut tu bertukar warna jadi kaler kelabu. Zaman ibu dulu, kasut penuh kotoran tanah liat - sekolah kampung kan, mana ada berturap/simen jalan-jalan sekitar sekolah. Zaman sekarang, sikit jer pijak tanah, lain semua lantai simen. Jadi, kerja memberus kasut sekolah tu takdelah susah mana walHamdulillaah. Lepas berus, basuh dan bilas, kita 'kapur' kasut! part yang seronok kan.ehehehe.

Sarah pula dah advanced berdiri dan berpaut. sekarang dah boleh gerak setapak dua sambil berpaut di kerusi, meja, basikal(roda tiga) etc. Gigih mashaAllaah. Harini, discovered gigi sulung dia kat gusi bawah. ehehehe baru pecah gusi tu, gigi tak nampak lagi.kena sentuh dengan jari. Sekarang pulak Sarah tengah cirit-birit. alHamdulillaah tak teruk, tapi najis cair jer sepanjang minggu. Dalam sehari, dalam 4-5 lampin kotor. so far, Sarah tetap berselera minum susu, makan, dan aktif.

Maryam pulak tengah dalam membina identiti nya..cecece :) banyaknya perkara dia nak test to the limit. Protes itu ini, taknak itu ini, etc. Perlu penuh psikologi dalam berkomunikasi dengan anak seorang ni.

Adam pulak, makin 'matang.' baca iqra' lancar jer sekarang ni, alHamdulillaah.

No comments: