bismillaah
alHamdulillaah, anak-anak sudah ke taska, tadika, dan sekolah seperti biasa. Awal-awal tu memang rasa berat dan kekok terutamanya nak berpisah dengan si kecil Sarah, dan membiasakan diri dengan jadual baru kakak Hajar.
Hajar dah masuk darjah satu! Tapi, sekolah sesi petang. Jadi, ibu dan abah kena bergilir-gilir hantar dan jemput. AlHamdulillaah, setakat ni tiada masalah dan Hajar pun seronok berada di dalam suasana baru yang sangat berbeza berbanding tahun lepas. Hajar dapat duduk sekelas dengan seorang teman rapat dari Tadika Umi Alam Ceria, takdelah Hajar sunyi dan kekok sangat di dalam kelas baru. Hajar masih lagi malu-malu dan segan untuk berkenalan dengan rakan-rakan lain. InsyaAllah mungkin beberapa minggu lagi .
Adam dan Maryam seronok dapat naik 'kelas'. Adam dah jadi senior di tadika dan Maryam dah dapat kelas secara rasmi :) cumanya, mereka rasa sedikit 'kehilangan' bila kakak Hajar sudah tidak bersama-sama pergi ke tadika.
Sarah pula sekarang dah mengerti erti perpisahan. Biasanya akan menangis bila ditinggalkan di taska dan ibupun rasa sayu :( apakan daya, ini jalan yang telah dipilih walHamdulillaah. Harini, Sarah selesema (bermula dari semalam lagi). Ibu rasa sebab Sarah banyak sangat menangis masa di taska...uhuk..uhuk...
No comments:
Post a Comment