Thursday, January 31, 2013

Blessings from Tanjung

bismillaah

AlHamdulillaah


Have you been following our posts? If so, jazakAllaahu khair, may you benefit from whatever good  there is in here, and may Allaah forgives us for whatever shortcomings there might be. You might have noticed that we don't update our blog daily, we are very sorry for that :( please make du'a that we will be able to keep posting regularly.

alHamdulillaah, last weekend we went to Johor Bharu and spent 2D1N there. It was a wonderful trip. We started on Sunday, went to Paroi because abah gave a talk at Pusat Islam there. It was for couple of hours and syurgawan had good time playing both inside the hall(it was a 1 and a half level, we were upstairs so not to disturb others ehehehe, only Adam stayed in the main hall) and outside. They watched birds(especially doves) and played up and down the wide, beautiful staircases. The weather was nice, so was the place. We left around 3 pm and headed straight to JB. Made a few stops at the R&Rs and reached JB around 8pm.

We decided to stay at the JB Grand Bluewave hotel. alHamdulillaah, the hotel was nice. The superior studio room was spacious and beautiful. It has a small kitchen complete with microwave, stove, dining table, etc. The room was facing the tambak Johor too! Very puas hati lorrr with a very reasonable walk in rate, alHamdulillaah. The next morning, syurgawan mandi manda sepuas-puasnya at the pool located on the 7th floor. The pool was big and beautiful! Early in the morning and there was nobody else in the pool except us! Heaven mashaAllaah!

tbc insyaAllaah ;)

p/s: Blessings from Tanjung refers to Opah, Mak Ina, and the handsome baby Uwais' visit to our house this week. Mak Ina attended a training at UPM and they stayed with us. We enjoyed their visits and happy to meet opah, mak Ina, and baby Uwais.

Saturday, January 19, 2013

new routine

bismillaah


rutin baru tahun baru 2013 ni ialah basuh kasut! dah berbelas tahun tinggalkan aktiviti yang satu ni - kali terakhir adalah semasa darjah 6. Lepas tu, masuk sekolah asrama dan guna kasut hitam (orang tak basuh kot kasut hitam? - boleh guna yang leather/bukan kain).

Tahun ni, Hajar dah masuk darjah 1. Kenalah guna kasut sekolah warna putih, and yes, kanak-kanak memang lasak dan tak kisah kasut tu bertukar warna jadi kaler kelabu. Zaman ibu dulu, kasut penuh kotoran tanah liat - sekolah kampung kan, mana ada berturap/simen jalan-jalan sekitar sekolah. Zaman sekarang, sikit jer pijak tanah, lain semua lantai simen. Jadi, kerja memberus kasut sekolah tu takdelah susah mana walHamdulillaah. Lepas berus, basuh dan bilas, kita 'kapur' kasut! part yang seronok kan.ehehehe.

Sarah pula dah advanced berdiri dan berpaut. sekarang dah boleh gerak setapak dua sambil berpaut di kerusi, meja, basikal(roda tiga) etc. Gigih mashaAllaah. Harini, discovered gigi sulung dia kat gusi bawah. ehehehe baru pecah gusi tu, gigi tak nampak lagi.kena sentuh dengan jari. Sekarang pulak Sarah tengah cirit-birit. alHamdulillaah tak teruk, tapi najis cair jer sepanjang minggu. Dalam sehari, dalam 4-5 lampin kotor. so far, Sarah tetap berselera minum susu, makan, dan aktif.

Maryam pulak tengah dalam membina identiti nya..cecece :) banyaknya perkara dia nak test to the limit. Protes itu ini, taknak itu ini, etc. Perlu penuh psikologi dalam berkomunikasi dengan anak seorang ni.

Adam pulak, makin 'matang.' baca iqra' lancar jer sekarang ni, alHamdulillaah.

Thursday, January 10, 2013

Menuntut ilmu...

bismillaah


alHamdulillaah, anak-anak sudah ke taska, tadika, dan sekolah seperti biasa. Awal-awal tu memang rasa berat dan kekok terutamanya nak berpisah dengan si kecil Sarah, dan membiasakan diri dengan jadual baru kakak Hajar.

Hajar dah masuk darjah satu! Tapi, sekolah sesi petang. Jadi, ibu dan abah kena bergilir-gilir hantar dan jemput. AlHamdulillaah, setakat ni tiada masalah dan Hajar pun seronok berada di dalam suasana baru yang sangat berbeza berbanding tahun lepas. Hajar dapat duduk sekelas dengan seorang teman rapat dari Tadika Umi Alam Ceria, takdelah Hajar sunyi dan kekok sangat di dalam kelas baru. Hajar masih lagi malu-malu dan segan untuk berkenalan dengan rakan-rakan lain. InsyaAllah mungkin beberapa minggu lagi .

Adam dan Maryam seronok dapat naik 'kelas'. Adam dah jadi senior di tadika dan Maryam dah dapat kelas secara rasmi :) cumanya, mereka rasa sedikit 'kehilangan' bila kakak Hajar sudah tidak bersama-sama pergi ke tadika.

Sarah pula sekarang dah mengerti erti perpisahan. Biasanya akan menangis bila ditinggalkan di taska dan ibupun rasa sayu :( apakan daya, ini jalan yang telah dipilih walHamdulillaah. Harini, Sarah selesema (bermula dari semalam lagi). Ibu rasa sebab Sarah banyak sangat menangis masa di taska...uhuk..uhuk...

Thursday, January 03, 2013

S.K stands for Sekolah Kebangsaan

bismillaah


Hajar: Hajar nampak, cikgu tadi macam letih sangat. Macam tak larat nak ajar kitorang. Cikgu tu ingat, kami budak-budak ni tak letih ker?

Adam: Haah, baik cikgu tu duduk rumah jer jaga anak.

Woopps! minta maaflah pada para guru di luar sana. Tapi ni adalah daripada perbualan kanak-kanak 5 dan 6 tahun (soon to be 7 insyaAllah). Ibu tumpang dengar dari jauh saja dan tak kata apa-apa.

wajar atau tidak wajar?

tadi pun, para ibu bapa di'halau' pergi dengan nada sindiran -"kalau macam ni, sampai dua minggu akan datang pun nak temankan anak!"

wuhuhuhu...kami faham, ibu bapa mungkin menganggu para guru menjalankan tugas. Tapi, bukankah ada bahasa yang lebih profesional dan molek untuk digunakan? sesi sekolah baru beberapa minit bermula, dua orang guru yang kelihatan bermuka sangat garang dan masam - di hadapan para ibu bapa dan anak-anak Darjah 1! astaghfirullaah al-a'zim.

dilema~