Tuesday, September 04, 2012

Bismillaah

Assalamua'laykum wa rahmatullaah

Hari Jumaat, 31 Ogos 2012

Hajar: Hari ni hari kemerdekaan kan, bu?
Ibu: Haah
Hajar: Habis tu kenapa macam xde apa2 pun?

(huhuhu...minta maaf sangat Hajar sebab kurang sambutan patriotik di rumah. Kita tak pergi perarakan dan tak tengok tv)

Abah xde. Abah pegi Janda Baik untuk jadi moderator sempena program Santai para Ustaz anjuran an-Nida'.Abah stayed overnight kat sana. Esok petang baru balik, inshaAllaah.

Kaki kiri Adam terkehel sikit hasil dari melompat-lompat dari sofa ke lantai walHamdulillaah.


Hari Sabtu

Alhamdulillaah kami tunggu abah balik sebab kami nak gerak ke Melaka untuk tidur di sana semalaman sebelum ke Muar,Johor esok. Ada jamuan walimatul urus cik(Puan) Adda-dah kawen!

Hari Ahad

Di Melaka, kami bermalam di Emperor Hotel, hotel yang agak lama(berdasarkan perabot2 dan ruangan dalaman nya) dan sedang dalam penambahbaikan(renovation). AlHamdulillaah, tetap bersih dan selesa ditambah lagi kami semua dapat bersarapan percuma-semua anak-anak dapat percuma sebab kolam mandi ditutup untuk baik pulih-(diorang agak tak puas hati yer, sebab x dapat mandi kolam.walhal dah siap angkut pelampung dan baju mandi ehehehehe). Sudahnya, bath tub bilik hotel tu jadi tempat syurgawan berendam main air lama-lama.ala-ala bubble bath. Habis baby body shampoo yang dibawa dicurah sebanyak-banyaknya untuk menghasilkan bubbles sampai puas hati. Lagipun, bilik air nya sangat luas sebab design bangunan lama kot. Memang luas, hampir sama luas macam ruang bilik tidur nya.
Dah puas berendam tu, baru turun breakfast. Makan berselera betul anak-anak kali ni.

Lepas check out, kami terus menghala ke Muar. Tak sampai sejam dari bandar Melaka ni. Alhamdulillaah, sampai tu sikit lagi nak Zuhur. Matahari tegak atas kepala, terik cuaca hari ni. Sampai-sampai jer terus pegi jenguk pengantin kat ruang tamu rumah. Sempatlah jumpa cik Adda sekejap sebelum kami keluar dan makan. Tak duduk lama kat majlis tu sebab cuaca terik dan cik Sarah dah berpeluh-peluh. AlHamdulillaah dia terlelap jugak. Ditambah lagi dengan para syurgawan yang asyik terjatuh kan lollipop yang tuan rumah bagi. Lepas dah jatuh, mengalir deras air mata - pergi mintak sekali lagi pada tuan rumah.uhuk uhuk.
Sempat pulak tu salam-salam dan mintak goodie bags lagik. Mungkin syurgawan dah letih selepas sesi renang+bubble bath pagi tadi. tu yang agak berbagai ragam jugak perangai masing-masing. Adam jer yang berselera makan nasi pengantin, yang lelain boo layan jer.

Lepas dari Muar, kami terus balik ke Bangi. Traffic agak heavy jugak harini. Mungkin ramai yang berjalan raya dan menghadiri kenduri di sana sini. Sampai exit Senawang, kami keluar ikut jalan dalam sebab notis PLUS kata traffic perlahan dari Seremban ke PD(ke vice versa? LOL). Tapi, dari Senawang dah perlahan nya amat, ditambah lagi dengan dracula jalanan yang lapar dan dahaga meratah lorong kecemasan dengan rakusnya..uhuk uhuk.

Masuk ke Senawang nak lalu LEKAS. Sebelum sampai LEKAS tu, Senawang pun penuh dengan kereta harini dan dracula jalanan masih banyak yang berkeliaran. Biarpun jalan kecil cukup-cukup muat jer. Astaghfirullaah a'-a'zim. masih jauh lagi perjalanan kita mengangkat akhlak masyarakat dan menebalkan kesabaran diri sendiri.

Alhamdulillaah, bila akhirnya sampai ke LEKAS, perjalan lancar hingga ke rumah. Yang jadi penumpang pun letih, apatah lagi pemandunya kan. JazakAllaahu khayr abah.

Malam tu, Pak Ngah, Mak Ngah dan Atuk terkandas di Nilai sebab kereta mereka mengalami kerosakan. Diorang on the way back from Bidor to Kluang. Abah bergegas jemput dari Nilai ke rumah sebab dah lama jugak diorang stranded kat Nilai tunggu kereta dibaiki. Alih-alih mekanik kata tak dapat nak siap hari.
Sampai di rumah, all looked very tired and worn out. We had simple, quick dinner before Abah dan Pakcik Arif tolong hantar PakNgah & rombongan ke Kluang. Pak Ngah was very tired and not fit to drive the car himself, but he needed to reach Kluang before Monday sebab kena kerja, so abah decided to hantar ke Kluang. Better safe than sorry kan.

MashaAllah, tabik kat abah lah sebab biarpun penat tapi tetap nak tolong pak sedara dan atuk. may Allah bless him tremendously.


No comments: