Saturday, October 18, 2008

Bismillaah


Alhamdulillaah, sekarang dah Syawal. Hajar masih lagi menjawab, "pua-sha" setiap kali ditanya samada dia berpuasa atau tidak :)

Adam dah pandai berjalan, tak merangkak dah walaupun dia jalan tak berapa stabil sangat. MashaAllaah, terasa bertuah dapat menyaksikan perkembangan anak-anak ini dari keadaan bayi yang lemah dan tahu hanya lapar dan menangis, sehinggalah boleh berjalan dan berlari. SubhanAllaah, yang telah menjadikan manusia sebagai satu kejadian yang sempurna dan kompleks.

Alhamdulillaah, gelagat Hajar dan Adam juga sangat menghiburkan. Dengan senyum, ketawa, dan tangis dua beradik ni, segala letih terasa hilang. Hajar rajin belek-belek majalah, meneliti helaiannya satu persatu sehingga dia puas. Hajar dah dapat mengenali beberapa objek terutamanya haiwan dengan bunyinya, dan beberapa perkataan yang ibu tulis dan tampal di dinding. Adam pun rajin memerhati gambar-gambar dalam buku-buku. Seronok perhatikan diorang ni sebab nampak macam membaca betul-betul.

Hajar dan Adam sekarang dah minum dengan cawan/sippy cups. Doktor kata dah tak elok bagi botol susu pada tahap umur setahun dan ke atas untuk perkembangan dan kesihatan gigi =)

Sunday, October 05, 2008

bismillaah

Alhamdulillaah 1 hari raya, Hajar dan Adam ikut ke Masjid Umar al-Khattab untuk menyaksikan solat eid. MashaAllaah berpusu-pusu Muslimin pelbagai bangsa dan warna(baju raya). Ada Somali, Pakistani, Indians, Malizi, Indonesian, Philipino, Mexican, Arabs, turks, etc

Alhamdulillaah, Hajar dan Adam ikut ke majlis hari raya Malaysian Islamic Foundation of North America(MIFNA) hari ini. Hajar suka kuih bahulu, Adam suka nasi minyak+ayam masak merah. MashaAllaah, seronok Hajar dan Adam dapat bermain dengan ramai orang.

Alhamdulillaah, beraya di perantauan bersama saudara seagama.

Monday, September 08, 2008

bismillaah

alhamdulillaah, semalam Hajar dan Adam bertemu Mujahid,Fathimah, Asma', Zainab, Maryam, Aisha, dan Umar. Anak-anak kecil ini gembira bertemu rakan-rakan sebaya dalam majlis sederhana, berbuka puasa. Biar tidak mengerti bahasa yang dituturkan, kanak-kanak ada cara komunikasinya yang tersendiri.

Alhamdulillaah, Hajar dan Adam belum tahu apa itu puasa walaupun setiap kali ditanya, Hajar menjawab dia "pua-sha", sebelum meminta biskut selepas itu. Hajar dan Adam juga sangat sukakan kurma. Hajar selalunya akan cubit sedikit kurma di tangannya dan menyuap ke mulut Adam.

Alhamdulillaah, Adam sudah mula berani melangkah setapak dua. Dia gembira dengan pencapaiannya.

Alhamdulillaah, beberapa hari Ramadhan sudah berlalu, dan kita masih di dalam selimut keberkatannya.

Monday, September 01, 2008

Bismillaah

Menggunakan lampin kain untuk Hajar dan Adam. Balik kepada cara tradisional dengan sentuhan baru.

Okay, ibu nak promote 3 jenama lampin kain moden. Sesiapa yang berkenan, boleh shout di shoutbox :)

1. Mutts(Muttaqin Baby)
Fitteds
from a MUSLIMah designer :D .... menarik, comel, berkesan





2. Green Acre Design
Pockets






3. Happy Endings Diapers

AIOs(all in ones)



kebetulan asal designer ni daripada Thailand, tapi sekarang dah jadi American. Dia excited bila ibu bagitau ibu dari Malaysia..jiran? :D

Thursday, August 28, 2008

Bismillaah

Alhamdulilaah, Hajar & Adam dapat jumpa 'makcik' dan 'pakcik' baru. Tapi, diorang lebih selesa dipanggil sebagai kakak dan abang :)(Hajar dah boleh sebut tapi Adam belum lagi. Baru sebut 'pa-pa')

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, bersama berkelana menuntut ilmu di Los Angeles ini.

Thursday, August 21, 2008

bismillaah




Alhamdulillaah, harini Hajar dan Adam pegi klinik utk medical check up dan imunisasi. MashaAllaah, tak sangka di US ni boleh dapat perkhidmatan kesihatan dan suntikan percuma untuk kanak-kanak. Dalam negara bukan Islam ni, kebajikan bagi mereka yang tidak berkemampuan dari segi kewangan masih terjaga. Harapnya, kebajikan rakyat jelata di negara-negara Islam lebih terbela.

Hajar dan Adam sihat dan pertumbuhan normal mengikut usia masing-masing. Adam terlebih berat sedikit dan sedikit anemic. Kena makan lebih banyak sayuran hijau dan makanan yang ada sumber zat besi lebih lagi. Hajar Alhamdulillaah semua seimbang tapi kena berhenti minum dari botol susu untuk memastikan kesihatan gigi. InshaAllaah, ibu dan abah kena berusaha untuk memastikan Hajar minum dari cawan.

Kesian Hajar dan Adam, kena cucuk banyak kali harini. Kedua2 belah lengan dan peha, semua kena cucuk. Dos tambahan di US ni lebih banyak dari Malaysia. Kalau Malaysia, ada 2 kali jer dos tambahan, kat US sampai 3 kali. Hajar yang sepatutnya dah lengkap imunisasi ikut jadual Malaysia, kena lagi cucuk kat sini.

InshaAllaah, doakan Hajar dan Adam tak demam selepas menerima sehingga 4 suntikan setiap seorang.

Saturday, August 09, 2008

bismillaah

Hajar dan Adam bermain bersama pagi ni. Hajar gelitik tapak kaki Adam dan Adam ketawa geli. MashaAllaah, comel sangat anak-anak ini bermain bersama.

Hajar and Adam went to the Natural History Museum of the L.A County last Tuesday. Admission is Free for kids under three and Free for all every first Tuesday in the month.



All of the animals are just replicas, but they are made in real 3D sizes with real-like background paintings. MashaAllah, wonderful are the creations of Allaah.

Hajar dan Adam dapat stickers museum dan sekeping poster gambar kupu-kupu/rama-rama(butterfiles), percuma :)

Thursday, July 31, 2008

bismillaah


Siapa mampu menggegarkan dunia? Siapa mampu menumbangkan satu negara? dalam satu kelipan mata? SubhanAllaah.

...

Looking through the window, and who do I see? Hajar and Adam waving at me :)


Semalam, Hajar dan Adam (dan ibu dan abah) terpinga-pinga bila rumah bergegar kuat. Rasanya ini pengalaman pertama Hajar dan Adam, dan ibu. Abah sudah pernah melaluinya masa tsunami 2004. Tak lama selepas tu, CNN's Breaking News melaporkan 5.8 skala Richter gegaran di Los Angeles.


sedetik terfikir tentang gegaran terakhir yang akan dialami oleh bumi... bagaimanakah dahsyatnya hari itu nanti?


Alhamdulillaah, kami semua tidak mengalami sebarang kejadian tidak diingini. Cuma petang semalam beberapa kali bekalan elektrik terputus dan penggera kebakaran bangunan sebelah tak berhenti berbunyi sehingga bomba datang(dgn cepat sekali). Hajar dan Adam dapat tengok bomba in action(bukan padam api, cuma cek keadaan bangunan saje).



Friday, July 25, 2008

bismillaah

into cloth diapering(CDs) right now, so Ibu kena studi ttg penggunaan CDs. Alhamdulillaah Hajar dan Adam dah try sekali dan berjaya, tiada kebocoran.

InshaAllaah merancang untuk jadikan hobi baru ni $ and environmentally friendly. Hentikan pembaziran kerana itu bukan tabiat manusia kan, itu tabiat Musuh Nyata Manusia.

Tapi, kami masih baru dan dalam tahap mencuba. Ada input?


Salah satu CD yang hangat di pasaran:


lagi satu BPA-Free Bottles untuk kesihatan masa panjang anak-anak. Ada kajian yang kata BPA kat botol susu bahaya dan ada yang kata tidak berbahaya. Jadi, terpulang kepada penilaian masing-masing. Ada yang mengambil langkah "better safe than sorry," dan ada juga yang tak kisah.Contoh BPA-Free Bottles by Nuby..murah dan comel dan praktikal

Btw, BPA-Free bottles sama murah dengan botol2 yang ada BPA(botol kaca mahal sikit) . Jadi, apa pendirian anda?

Wednesday, July 16, 2008

bismillaah

Alhamdulillaah, yang seorang sudah berlari, yang seorang lagi sudah mula memberanikan diri berdiri sendiri

Alhamdulillaah, di masa yang seorang sudah kurang menangis, yang seorang lagi ingin selalu dibelai bermanja

MashaAllaah, dua-duanya manis senyumannya, ceria keletahnya

MashaAllaah, dua-duanya penyejuk mata dan membawa bahagia

Alhamdulillaah ... :D

Thursday, July 10, 2008


bismillaah

Alhamdulillaah, Hajar dan Adam seronok dengan kunjungan tetamu yang silih berganti seminggu ini. Semuanya baru dikenali, semuanya membuka lembaran baru dalam ukhuwwah dan silaturrahim saudara seagama, senegara.

Ada kakak, abang, makcik, pakcik, atuk dan opah's :). Hajar dan Adam seronok dengan opah's(3 org :D )
sebab opah's pandai layan Hajar dan Adam. Pengalaman mengajar banyak perkara tentunya ;)

MashaAllaah, Meraikan tetamu, berjalan menjelajah bumi Tuhan, dan bersyukur atas nikmatNya.

MashaAllaah, indahnya persaudaraan.

Sunday, June 22, 2008

bismilllah


mashaAllaah, mereka menangis, bersedih, dan ketawa. Semuanya menjadi 'lagu' seharian yang kekadang meletihkan dan menghiburkan.
Mereka juga tanda kebesaran Tuhan. Dari sekecil-kecil sel, sehingga menjadi manusia yang kompleks.

Kekadang, seketika terbayangkan waktu tua nanti sambil memerhati mereka. Kalau sudah terlalu lanjut usia dan daya ingatan sudah ditarik nikmatnya, yang dewasa dan tua akan menjadi seperti mereka semula. Waktu itu, yang tua sudah tentu memerlukan belaian dan kasih sayang anak-anak mereka, yang suatu dulu masih kecil dan tidak mengerti banyak perkara.

Roda kehidupan ini cukup menginsafkan, jika kita memerhatikan kebesaran ciptaan Allah, Tuhan Semesta Alam, Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan.

Monday, June 09, 2008

Bismillaah

Alhamdulillaah
Gigi sulungnya 'dikesan' hari ini
Anak kecilku sedang tumbuh gigi

Saturday, June 07, 2008


bismillaah

kalau diperhatikan kesungguhannya,
mashaAllah,
tak terlawan kekuatan semangatnya untuk terus belajar dan berusaha

dia terjatuh, lebam dan luka
tetapi dia tetap bangun kembali dan terus mencuba

tenaganya mungkin tidak lebih dari yang kita ada
tapi dia punya semangat membara untuk mencuba dan merasa
dia ingin mencapai kemahuannya

MashaAllaah...
anak kecilku,
bersungguh-sungguh merayap, merangkak, dan berdiri
cuba mencapai yang lebih dari gapaiannya
cuba berdiri tegak sendiri seperti kakaknya
seolah tiada erti penat buatnya

Allah yang menciptakannya
engkau dan aku
sudah tentu menyiapkan anak kecil itu
dengan segala yang perlu untuk tumbesaran normalnya
Alhamdulillaah

Wednesday, May 28, 2008

bismillaah

dia menyuapkan biskut ke mulutku
Alhamdulillaah
suatu masa dulu dia hanya boleh terbaring sendirian

dia berlari ke sana ke mari
Alhamdulillaah
suatu masa dulu dia tidak boleh lagi berdiri

dia menangis, berteriak, dan ketawa
Alhamdulillaah
dia dilahirkan sihat dan sempurna

dia tersenyum, bergembira, dan mempesona
Alhamdulillaah
dia dikurniakan ke dalam hidupku

Ya Allah
Alhamdulillaah
kau uji kami dengan anak-anak ini
kau berkati kami dengan wajah-wajah comel ini
kau serikan hidup kami dengan keletah

Wednesday, May 21, 2008


Bismillah


Alhamdulillaah a'la kulli haal, bernafas dalam mucus sehari dua ni. Waktu jaga, mucus mengalir laju, di waktu tidur, mucus jadi likat. Tersekat-sekat ibu, abah, Hajar dan Adam bernafas. Sekali-sekala, Hajar dan Adam terbangun merengek dan mengigau. Moga Allah sembuhkan cepat2, ameen.

Alhamdulillaah, sekarang dah satu blok jer jauh dari masjid Umar al-Khattab. Minggu lepas berpindah-randah.Letih masih terasa. Tapi, Hajar dan Adam seronok di apartment baru. Boleh turun ke laman(emptied parking lot?) main-main atas tanah. Abah pun dekat jer nak gi masjid.

Alhamdulillaah...

Saturday, May 03, 2008

bismillaah


we've started the reading lessons for Hajar and Adam. Obviously, Hajar's favourite word was 'nunun' as she would say 'nunun' when she saw the white cards with huge, red letters. she enjoyed watching ibu preparing the cards and would take the finished cards and stack them together.

adam was enjoying the lesson as well. he'd smile happily when ibu showed him the cards.

hopefully,we'll be consistent and Hajar and Adam will enjoy and benefit from the lesson.

Thursday, April 24, 2008

bismillaah

I want to thank my mother
because she stayed up in the middle of the countless nights to quench my thirst

I want to thank my mother
because she sacrificed her sleep looking after me when I was sick

I want to thank my mother
because she cleaned me up and changed my soiled diaper and dirty cloth

I want to thank my mother
because she was very patient when feeding me and when I spitted out the food

I want to thank my mother
because she prepared delicious meals for me despite all the cuts and burns from the kitchen

I want to thank my mother
for all the things she has done for me, for my sisters and brothers, and for my family

I want to thank my mother
because she never asked me to thank her and return all her sacrifices

and I know, I will never close to do birr to her
=(

Tuesday, April 22, 2008

bismillaah

MashaAllah,
The fruit is beautiful
and delicious,
smells good too!

Hajar loves strawberry very much! She kept on saying 'nak (k)agi..nak (k)agi'

a beautiful person,
should also be beautiful,
inside and out,

a good thing that happens to everybody else...

Friday, April 18, 2008

bismillaah

it was interesting to live in a place where it could be very warm in one day and be very cold the next day.

made us realize the greatness of Allah. He made everything easily.

Alhamdulillaah

Adam is now a very fast crawler, he crawled and creeped like a soldier. in no time, he would escape to the kitchen where he'd enjoy the sounds of his hand against the uncarpeted floor.

Hajar is now a very sweet sister. She would help ibu around the house, went into bed earlier and woke up with a broad, beautiful smile the next morning.