Thursday, August 21, 2008

bismillaah




Alhamdulillaah, harini Hajar dan Adam pegi klinik utk medical check up dan imunisasi. MashaAllaah, tak sangka di US ni boleh dapat perkhidmatan kesihatan dan suntikan percuma untuk kanak-kanak. Dalam negara bukan Islam ni, kebajikan bagi mereka yang tidak berkemampuan dari segi kewangan masih terjaga. Harapnya, kebajikan rakyat jelata di negara-negara Islam lebih terbela.

Hajar dan Adam sihat dan pertumbuhan normal mengikut usia masing-masing. Adam terlebih berat sedikit dan sedikit anemic. Kena makan lebih banyak sayuran hijau dan makanan yang ada sumber zat besi lebih lagi. Hajar Alhamdulillaah semua seimbang tapi kena berhenti minum dari botol susu untuk memastikan kesihatan gigi. InshaAllaah, ibu dan abah kena berusaha untuk memastikan Hajar minum dari cawan.

Kesian Hajar dan Adam, kena cucuk banyak kali harini. Kedua2 belah lengan dan peha, semua kena cucuk. Dos tambahan di US ni lebih banyak dari Malaysia. Kalau Malaysia, ada 2 kali jer dos tambahan, kat US sampai 3 kali. Hajar yang sepatutnya dah lengkap imunisasi ikut jadual Malaysia, kena lagi cucuk kat sini.

InshaAllaah, doakan Hajar dan Adam tak demam selepas menerima sehingga 4 suntikan setiap seorang.

No comments: