bismillaah
alhamdulillaah, semalam Hajar dan Adam bertemu Mujahid,Fathimah, Asma', Zainab, Maryam, Aisha, dan Umar. Anak-anak kecil ini gembira bertemu rakan-rakan sebaya dalam majlis sederhana, berbuka puasa. Biar tidak mengerti bahasa yang dituturkan, kanak-kanak ada cara komunikasinya yang tersendiri.
Alhamdulillaah, Hajar dan Adam belum tahu apa itu puasa walaupun setiap kali ditanya, Hajar menjawab dia "pua-sha", sebelum meminta biskut selepas itu. Hajar dan Adam juga sangat sukakan kurma. Hajar selalunya akan cubit sedikit kurma di tangannya dan menyuap ke mulut Adam.
Alhamdulillaah, Adam sudah mula berani melangkah setapak dua. Dia gembira dengan pencapaiannya.
Alhamdulillaah, beberapa hari Ramadhan sudah berlalu, dan kita masih di dalam selimut keberkatannya.
2 comments:
Salam
Shioknye Adam n Hajar! Moga exposure awal dapat memudahkan exposure dalam bersahabat dgn pelbagai sahabat seIslam dari sepelusuk bumi hehehe
Fazrul bz ke?
ZUL
abu adam uruskan www.kedaimakan.com, jadi wahf
Post a Comment