Sekarang tengah musim hujan kan, alHamdulillaah, loving it.
Doa ketika hujan:
اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Allahumma Shoyyiban Na’fian
"Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat"
(HR. Bukhari)
Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab:
“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi )
Jom amalkan, Malaysia ni negara penuh rahmat kan sebab hujan selalu turun dan azan berkumandang di setiap tempat bila masuk waktu solat, dan selalulah kita ada peluang berdoa pada masa-masa mustajab, insyaAllah.
Keep safe, keep dry, dan sediakan payung sebum hujan. Untuk anak-anak, ibu bekalkan dengan baju hujan supaya tak lencun, insyaAllah. Untuk para ibu, pastikan kain yang disidai diangkat sebelum hujan turun, atau sidai bawah kawasan bebas hujan/berbumbung siap-siap untuk mengelakkan disappointment bila kain basah.