Bismillaah
Hujung minggu lepas sempat pegi sekejap Seminar Muslim: Kupasan Kitab Tsaqafah ad-daiyah (Pembinaan[budaya ilmu] para pendakwah) karangan Sheikh Yusuf al-Qardhawi. Ianya dibentangkan selama dua hari oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
Ibu hanya hadir sesi pertama dan yang akhir. Yang tengah-tengah tak datang sebab ada hari sukan Maryam pagi Ahad, dan petang Sabtu tak larat patah balik ke UKM lepas makan tengahari di rumah(oh oh)
Ibu suka pernyataan Ustaz Hasrizal (lebih kurang):
"Untuk ibu bapa: Membentuk anak yang baik itu bagus, tapi lebih bermakna jika dapat membentuk anak yang MEMILIH untuk jadi baik."
dan ketika ditanya tentang trend semasa di mana orang Malaysia sangat gemar dan teruja dengan pendakwah daripada luar negara, salah satu komen ustaz:
"Kejarlah orang-orang yang berilmu, dan dapatkanlah ilmu mereka"
Ok, ada 6 bidang ilmu yang orang Muslim patut tahu:
1-Ilmu-ilmu agama (bekalan asas: al_qur'an)
2-Ilmu Sejarah
3-Ilmu Ekonomi
4-Ilmu Sosial (Ilmu kemanusiaan: sosiology, psikologi, etc)
5-Ilmu Sains
6-Ilmu Isu-isu semasa
Pesan ustaz, "memBACAlah"
Bangsa membaca adalah bangsa BERJAYA.
InsyaAllah, tanamkan minat membaca sesama kita!
No comments:
Post a Comment