Saturday, March 15, 2014

#PrayforMH370 #PrayforMalaysia

Bismillaah

AlHamdulillaah, petang tadi hujan sekejap di beberapa tempat di semenanjung Malaysia. Di tengah-tengah keadaan jerebu yang menyesakkan, cuaca terik dan kering, kebingungan misteri #MH370, dan musibah anak-anak muda mati dalam pesta hedonisma, hujan yang turun ini sangat menginsafkan.

#Syukur - alHamdulillaah, kita jadi lebih bersyukur dan sensitive dengan nikmat Tuhan.

#Hujan - kita sedar bahawa Allaah boleh beri dan Tarik bila-bila masa sahaja. Ramalan manusia canggih manapun tidak akan dapat melawan takdir Tuhan.

#Nikmat - Banyak nikmat yang percuma, bahkan hampir kesemuanya. Hujan adalah percuma sampai kadang-kadang kita kurang menghargainya di Negara ini. Apabila hujan jarang-jarang menjenguk, barulah kita ternanti-nanti dalam penyeksaan. Yang lahir sebagai Muslim, nikmat iman itu juga percuma sampai-sampai kita selalu lalai dan leka.

#Doa - Moga hujan ini rahmat Allaah, jawapan kepada doa hamba-hambaNya yang meminta, selain dari belas kasihNya kepada tumbuhan dan haiwan melata.

#MH370 - Behold, the youths betook themselves to the Cave: they said, "Our Lord! bestow on us Mercy from Thyself, and dispose of our affair for us in the right way!" [Al Kahf, 18:10]

No comments: