Tuesday, January 14, 2014

Cuti

Bismillaaah

alHamdulillaah, harini kami cuti sempena Maulid ur-Rasul. Pagi-pagi kami bersiap ke surau di kejiranan kami untuk memeriahkan acara forum. Ramai orang harini, kereta penuh diletakkan di sepanjang jalan, dan kanak-kanak riang bermain-main di perkarangan surau. Cuaca pun agak redup menyembunyikan terik matahari pagi menjadikan suasana amat ceria dan damai, mashaAllaah.

Kami duduk di perkarangan surau sahaja memandangkan anak-anak sibuk berlari ke sana ke mari, dan ruang di dalam surau pun sudah padat, alHamdulillaah. Di perkarangan masjid disediakan juga khemah dan kerusi beserta meja untuk kegunaan dan keselesaaan tetamu. Ada beberapa gerai menghiasi kawasan sekitar menjadikan suasana nampak meriah.

Pengisian forum, membincangkan tentang sunnah Rasulullaah SAW dan seruan untuk mempraktikkan sunnah Rasulullaah SAW. Bagus juga, agar mengingati Rasul bukan hanya pada tarikh-tarikh tertentu, tetapi pada setiap gerak langkah kehidupan. Barulah Rasulullaah dekat di hati dan perjuangan baginda SAW lebih dimengerti, insyaAllaah.

Permudahkan bagi kami ya Allaah, untuk tulus mencintai dan mengikuti Rasul agung Mu. Ameen.

No comments: