Thursday, January 23, 2014

Choo-a-ca

Bismillaah


Sejuk betul kebelakangan ni, alHamdulillaah a'la kulli haal. Siang dan malam sama sejuk. Maryam, Adam, dan Sarah mula berhingus. Ibu pun dah lama hidung asyik gatal dan bila bangun pagi bersin dan hidung berair. Jadi, kami banyakkan minum air dan elakkan ais krim buat masa ni. Kipas angin pun dah turun kepada kelajuan 2 atau 3 sahaja. Sebelum ni sentiasa letak 5.

Waktu malam, ibu akan pakaikan Sarah baju tidur lengan panjang, dan akan pastikan semua orang guna selimut, insyaAllaah. Anak-anak pun dah pandai guna selimut sebab mungkin tak tahan sejuk. AlHamdulillaah, bila mandi waktu pagi diorang tak merungut air sejuk. Ada pemanas air, tapi diorang tak suka pulak mandi air 'panas'.huhu.
Bismillaah


Rumah jiran sebelah tengah menjalani pengubah suaian. Jadi, awal pagi lagi dah riuh dengan bunyi gerudi, tukul, dan bunyi-bunyi yang seangkatan dengannya. Harapnya mak dan anak-anak kucing yang tumpang berteduh di belakang rumah tak terganggu dan takut, ameen.

Syurgawan awal pagi lagi dah pergi menimba ilmu. Maryam ke taska, Adam dan Hajar ke KAFA cum mengaji. Adam tak habis lagi Iqra 6(insyaAllaah tak lama lagi) dan Hajar mengaji Qur'an. Sarah seronok dengan masa bermain dan bermanja nya. Pagi ni Sarah siap ambil dan pakai tudung sebab nak ikut hantar kakak-kakak dan abang. Nangis pulak tu bila abah pergi kerja, Sarah dah pandai nak ikut. Semalam abah balik lewat, dan telefon. Masa bergayut di telefon, Sarah tak nak abah putuskan talian. Setiap kali abah nak bye-bye, dia jerit nama abah dan sambung dengan cerita 'meow', masyaAllaah. Sampailah Sarah tersentuh skrin 'End Call.' Lama jugak tu. alHamdulillaah, abah tak memandu sebab tumpang kawan.

Wednesday, January 22, 2014

Nature and fun

bismillaah


These past few weeks, we've been 'visited' by termites, cats, and a rat has decided to visit us too this morning. alHamdulillaah a'la kulli haal. I hope it was the only one, and it wont return, amen. Our neighbor next door is doing a renovation, and this might be the cause for the rat to venture into a new area.

Was fun and scary, but I think this is what nature is. My syurgawan were excited all the way..mashaAllaah.

Sarah dah pandai naik tricycle besar, masyaAllah! Yang kakak Hajar dan abang Adam selalu naik tu. Terkejut juga sebab Sarah sangat berani dan boleh mengayuh basikal tu sikit-sikit(rasanya tak dapat pusing penuh sebab kaki tak sampai). Bila basikal tu turun melaju di bahagian depan rumah, Sarah lagi seronok, tak gayat. Uhuhu... tengok muka Sarah yang ceria dan confident, sangat menyeronokkan.

Thursday, January 16, 2014

kucing no more

bismillaah


alHamdulillaah, semalam Tokpak dah selamat sampai dari Pulau Pinang. Tokpak kata kapal terbang mendarat tak berapa cantik pagi tu sebab berlaku hentakan kuat semasa pendaratan. alHamdulillaah semua selamat dan harapnya tiada kerosakan berbahaya pada kapal terbang tu.

Masa kami sampai rumah, anak-anak menyerbu ke belakang nak tengok mak dan anak-anak kucing. Malangnya, mak kucing dah berpindah ke lokasi yang tidak diketahui. Sedih betul anak-anak bila kucing dah hilang, alHamdulillaah a'la kulli haal. Moga di tempat baru, mak dan anak-anak kucing lebih selesa dan selamat. Harapnya kucing tu patah balik ke rumah pemiliknya sebab mak kucing tu ada kolar.

Kebetulan, Tokpak bawa dua poster kucing untuk Sarah. Poster tu saiz A4 jer tapi 3D. Yang boleh ubah-ubah gambar kalau kita teleng kepala kanan kiri tu..ehe. alHAmdulillaah, seronok la Sarah menatap 'kucing-kucing' tu di dinding.




Wednesday, January 15, 2014

kuch-kuch kucing!

bismillaah

alHamdulillaah, hari ini hari KAFA cuti. Jadi, Hajar dan Adam bermain-main di rumah saja waktu pagi. Kebetulan, pagi ni nak jemput Tokpak kat KLIA. Jadi, Maryam taknak pegi tadika(pulak!) sebab nak ikut yang lain pergi KLIA.

Jadi, diorang pegi belakang untuk tengok kucing-kucing jiran yang selalu jalan-jalan, stretching, dan cari makan di lorong belakang tu. alHamdulillaah, kebetulan kucing warna oren comel yang selalu lalu tengah dok ada kat belakang tu. Diorang pun mulalah bagi makan kat dia, darilah kek sampai ikan goreng dan telur goreng.huhuhuh.kucing tu makan semua sampai licin.lapar betul nampaknya.

alkisahnya, kami ni teringin nak bela kucing. Tapi, memandangkan takut tak terlaksana tanggungjawab menjaga dengan baik kebajikan kucing dan kebersihan setempat, kami tumpang kasih jer tengok-tengok kucing yang lalu-lalang.

Pagi ni, anak-anak excited betul bagi makan kucing. Lagi menarik, diorang jumpa sesuatu yang sangat menarik, masyaAllaah. Rupa-rupanya, kucing oren tu baru bersalin di belakang rumah kami. huhuhuh...ada 4 ekor anak kucing yang baru sangat bersalin, rasanya macam baru beberapa jam.Patutlah mak kucing sangat lapar.

Kami hanya sediakan kotak berlapik kain untuk mak kucing dan anak kucing. Letak jer tepi kucing sebab taknak tersentuh anak-anak kucing. Risau mak dia marah pulak. Harapnya mak dan anak-anak kucing sihat dan selamat di situ buat sementara waktu.

Tuesday, January 14, 2014

A day out

Bismillaah

Adam had a blast today, alHamdulillaah. He spent the whole day having fun with his friends. Started with exploring around the surau until noon(until the event was over), and then continued with hang over at a neighbor's house with his friends. All boys day.

After Asar, Adam came home excitedly asking for permission to follow Aiman and his dad to the field for soccer! He was very happy when he got YES from us. He spent the afternoon on the field playing soccer with friends and came home comot and all smiles. After dinner, Adam gave up. He was very tired to even eat his dinner properly..huhuhu.

Cuti

Bismillaaah

alHamdulillaah, harini kami cuti sempena Maulid ur-Rasul. Pagi-pagi kami bersiap ke surau di kejiranan kami untuk memeriahkan acara forum. Ramai orang harini, kereta penuh diletakkan di sepanjang jalan, dan kanak-kanak riang bermain-main di perkarangan surau. Cuaca pun agak redup menyembunyikan terik matahari pagi menjadikan suasana amat ceria dan damai, mashaAllaah.

Kami duduk di perkarangan surau sahaja memandangkan anak-anak sibuk berlari ke sana ke mari, dan ruang di dalam surau pun sudah padat, alHamdulillaah. Di perkarangan masjid disediakan juga khemah dan kerusi beserta meja untuk kegunaan dan keselesaaan tetamu. Ada beberapa gerai menghiasi kawasan sekitar menjadikan suasana nampak meriah.

Pengisian forum, membincangkan tentang sunnah Rasulullaah SAW dan seruan untuk mempraktikkan sunnah Rasulullaah SAW. Bagus juga, agar mengingati Rasul bukan hanya pada tarikh-tarikh tertentu, tetapi pada setiap gerak langkah kehidupan. Barulah Rasulullaah dekat di hati dan perjuangan baginda SAW lebih dimengerti, insyaAllaah.

Permudahkan bagi kami ya Allaah, untuk tulus mencintai dan mengikuti Rasul agung Mu. Ameen.