Wednesday, December 12, 2012

demam

bismillaah


lil miss Sarah & abah demam harini.

hari Isnin taska Sarah tutup-cuti. Jadi ibu & Sarah duduk di rumah saje.abang dan kakak2 ke tadika sebab nak teruskan projek Little Scientist. Semangat!

Hari Selasa-semalam kami ke Ulu Yam. abah ada talk, anak-anak mandi kolam. sungai sangat berbahaya pada musim hujan ni. seronok sangat-mandi dalam chalet, mandi kolam, mandi dalam chalet lagi-mandi kolam-mandi dalam chalet..ha...berapa banyak kali mandi tu. air sejuk semua sebab sumber dari sungai. anak-anak makan ais krim 2 rounds.kemain lagi huhuhuhu. masa second time mandi kolam, ada insiden Adam terjatuh di kawasan luncur turun bawah sebab seorang budak terlanggar Adam. Kakak saadiah yang tengah jaga masa tu terpaksa terjun kolam dapatkan Adam yang dah kesakitan sebab kepala terhantuk agak kuat. alHamdulillaah xde yang cedera serius. cuma Adam nangis kuat la sebab mebe sangat sakit dan pening. terus semua balik chalet, mandi, tukar pakaian dan tidur. tunggu abah habis talk.
kami balik lepas Asar, on the way jem teruk di MRR2, Jalan Istana, dan Sungai Besi.uhuhuhu...maghrib di gas station. Isyak baru sampai walHamdulillaah.

weekend lepas-sabtu-kami ke UPM untuk program surah al-Hujurat. sangat best alHamdulillaah!
anak-anak joined sekali di mother's room & kid's zone. Diorang tak puas duduk sehari jer, nak 2 hari!

No comments: